Alhamdulillah tertunainya puasa 10 dan 11 Muharram ini. Bukan mencari fadhilat atau azimat bila berpuasa pada hari tersebut namun ia sebagai 'kelebihan sampingan' yang asal adalah kerana tuntutan baginda supaya berpuasa bagi mengagungkan bulan mulia ini.

Sahur
Di musim sejuk sebegini memang liat untuk bangun pagi termasuk subuh apatah lagi untuk bersahur. Jam 4 pagi loceng di setkan, maka bagun dengan penuh kemalasan biarpun makanan sudah tersedia untuk bersahur. Mata bukan serius untuk buka sepenuhnya, luasnya ibarat seperti mengintip pada lensa kamera. Mahu saja basuh muka tapi tangan ini menidakkan ia kerana sudah tentu akan merasai azab kesejukan yang menggilakan. Bukan setakat kecut tangan jika terkena air sejuk ini, bukan setakat merah bahkan akan merasai pedih jika suhu 3 - 6 darjah celcious pada pagi itu yang riuh salji telah turun di Ajlun dan Amman. Mata malas buka, tangan malas basuh, makanan pun tak disantap, tanpa gelas tanpa duduk, ku teguk air  mineral 2 3 teguk dengan niat berpuasa pada bulan Muharram ini lantas kembali ke tempat tidur.

Broasted & Ayam Pedas
Tengah hari yang tidak berasa lapar namun hati ini berkobar2 saja mahu berbuka di Restoren Abu Mahmood tapi makanan sahur tadi masih ada ; Ayam Masak Pedas. Mana satu ini harus aku baham. Ayam tadi atau Abu Mahmood? Kalau Abu Mahmood nescaya nescafe barid sama broasted atau syawarma... Buka puasa kat kedai ada 'class' sikit. Fikir pi mai pi mai maka tabahkan diri untuk makan dirumah sahaja.

Ayam Pada Kaisnya
Maka waktu berbuka adalah 4.36 ptg, masa itu Maghrib akan berkumandang. Entah kenapa, aku rasa mahu makan roti keras tongkat ali untuk dicicah dengan air tea o malam ni, jadi? Puas-puas mencari di Paradise Super Market tiada barangnya lalu menuju ke Doi'ah Super Market pun tiada jua, otak dan perut terus fikir dan memikirkan dimana mahu dapatkan roti tersebut. Jam tepat 4.00 petang, entah tangan secara tiba-tiba melambai kepada sebuah kereta sewa. "Ruh ila wein?" tanya pemandu, seperti biasa dengan selamba aku jawab ''Bisur'ah ila Arabella Mall". Maka melaluilah kereta sewa tersebut kearah Jalan Bab Junubi lalu sampailah aku ke Arabella Mall.

Gelisah
Setelah mendapatkan Sardin, Roti Panjang dan Roti Tongkat Ali serta coklat, aku bayar dan terus ke tempat menunggu teksi. Entah kenapa jam dah 4.25petang, aku lupa yang harus berbuka puasa. Teksi tiada yang kosong, servis pula tidak mahu berhenti, coaster tiada jalan pada jalan itu maka aku gelisah dimana harus berbuka pada hari ini.

Berbuka
Maka aku berjalan ke sebelah Arabella Mall yang kelihatan seperti deretan kedai dan mata meliar mencari kedai makan namun tiada pada yang dekat tetapi mempunya cafe sayangnya cafe itu tiada makanan yang sesuai untuk berbuka lalu terpandang mata ini kepada Restoren Chili House. ada beberapa minit lagi akan kumandang azan, natijahnya?

Mencuba
Maka mencubalah aku makanan di Chili House itu, Set Small Pepsi, 2 Ketul Ayam, Roti Kosong, dan Ais Krim = 3.50 dinar. Sedang enak makan, terlihat senarai menu RUZ, maka pada bawah perkataan RUZ itu ada 3 jenis RUZ. Pertamanya RUZ SET MEXICO yang aku rasa Nasi Ala Mexico lalu sebelahnya ada harga 3 Dinar. dua lagi jenis nasi aku lupa apakah ia lalu menempahlah aku RUZ FI SET MEXICO itu untuk safari. Safari? ya, nak makan kat rumah la.

Akhirnya
Akhirnya? akhirnya membayar aku semuanya pada harga 9 Dinar termasuk 17% Tax. Nasi ala mexico tu tak mampu untuk aku habiskan malam ini, sah. Maka disimpan untuk bersahur esok sahaja. Namun kisah sahur pada pagi esok sama sahaja dengan kisah sahur pada pagi ini ; air kosong. Lalu nasi itu tertunda sampai berbuka puasa 11 Muharram ini, berbukalah aku pada hari ini dengan nasi ala mexico tersebut dengan tambahan lauk ayam pedas semalam.

ini baru pulang dari ajlun, kita kerat salji buat LOVE. haha

la la la la


Ini dia nasi Mexico

tara...

tu adalah ayam bakar... best la..

la la la la la

perkakasnya

roti panjang..

roti tongkat ali.. keras. best cicah air tea.

boleh buat baling-baling

inilah kepanjangan roti ini, 25 qirs sahaja.

Categories:

3 Responses so far.

  1. pergh !!!! tader mkne nyee . hahahaa

Leave a Reply