Dalam mengenang satu ribu erti jasa dan pengorbanan, tidak mustahil bagi kita membalasnya dengan pelbagai cara yang tidak mustahil bagi kita. Walaupun tidak seberapa, ia tetap menjadi kenangan dan kita berpuas hati jika pemberian itu adalah hasil titik peluh kita, perkara ini membuatkan aku teringat akan kisah dalam sebuah cerpen tingkatan tiga dahulu, aku mungkin lupa tajuknya namun  masih ingat jalan ceritanya mengenai seorang pelajar miskin yang memberikan hadiah pucuk ubi kepada guru kelasnya sempena hari guru.

Meniru
Bukan meraih simpati dan bukan juga untuk mendapat ehsan, tapi kami cuba meniru dengan sifat mahmudah ; menghadiahkan kepada Doktor Umar, Dr. Salim, Dr. Hala, Dr. Ala' dan Dr. Rijan sebuku roti yang diusahakan kami  selepas solat subuh pagi tadi sehingga terkejar-kejar untuk ke kelas. Bukan atas nama kemiskinan kerana sebuku roti tapi ia unik kerana padanya masakan Malaysia. Telur dengan resepi rahsia dalam pembancuhannya beserta sayur-sayur dan sos diiringi ketelun dadu ayam.

Bermula
Selepas solat subuh pada pagi yang penuh syahdu itu, Shamsul dan Ammar aku kejutkan dari lenaan mimpi. Mereka malam itu tidur di rumahku. Entah mengapa, merempat semata-mata. Aku yang ehsan ini mengutipnya. Pagi itu, kami mula menjalankan tugas, memecah telur dan sebagainya, Ammar tukang bakar roti, aku tukang isi roti dan Shamsul tukang bungkus. Kami siapkan sekurang-kurangnya 15 buku roti untuk kami, sahabat kami dan para doktor.

Terlupa
Bayangkan, bila hampir siap kesemua roti tersebut, aku terperasan bahawa lupa memasak ayam sebagai inti. Aku senyapkan diri, mungkin otak pada pagi itu masih mahu tidur namun apakah daya terpaksa buat pada waktu pagi. Setelah semuanya selesai, aku mengumumkan kepada mereka bahawa terlupa memasukkan ayam dan ayam masih didalam peti, maka hari ini jadilah roti john tanpa inti ayam.

Walaubagaimanapun, ia adalah sedap namun kurang sedikit kelazatannya.Semua doktor suka masakan melayu. :)












Free MP3 Downloads at MP3-Codes.com

Categories:

6 Responses so far.

  1. Tanpa Nama says:

    terima kasih .rasa terharu ......sbb anda x melupakan saya org selangor ini .....

  2. >.< ade gak kang umh dye terbakar nnty

  3. Adinda says:

    hahahaha..lahhhhh!!tade ayam rupenye..btw,kenyang lahh..tengs kriey..len kali buat lagii..hihi

  4. len kali tolong belikan ayam, telur dan sayur serta roti, biar aku buat, ha ha ha

Leave a Reply