Lalu pagi ini Sabtu, aku tersedar dari lamunan mimpi jam 05.00 Pagi, lantas ke bilik air lalu berwudhuk dengan air yang amat sejuk tanpa aku hindarinya. Lalu solatlah aku 2 rakaat untuk subuh pagi ini. Salam terakhir kekiri lalu tanpa zikir aku menadah tangan seraya berdoa tidak lain dan tidak bukan " Ya Tuhan, ampunilah dosaku, dosa kedua ibu bapaku, jaga dan sayangilah mereka seperti mana mereka menyayangi aku sewaktu aku kecil dahulu, ampunkanlah dosa guru-guruku, dosa sahabat-sahabatku, dosa kaum muslimin dan muslimat samada yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dan kuatkanlah imanku".
Tidak Sihat
Aku kembali ke katil, menarik hiram lalu bersemadilah aku dalamnya kembali melayani karenah mimpi yang kurasa enak. Dalam tidurku, aku terfikir kenapa harusaku tidur selesai solat subuh? Tapi dengan kebangangan aku, aku sendiri yang jawab, dalam seminggu, hanya hari ini sahaja aku tidur lepas subuh, maka dengan jawapn itu, aku pun terus lena dan lena. Mungkin ini otakku tidak sihat.
Tidak Tahu
Maka jam 09.00 Pagi aku tersedar dari tidur, basuhkan mukaku dengan air, sucikan gigiku dengan mencucinya lantas aku kedapur. Bukan mencari makanan tetapi mengapa entah kakiku mahu kesana. Aku ke sinki untuk mecapai gelas mahupun cawan yang berada diatas rak disebelah singki. Tanganku mendapatkan cawan tapi mataku mendapatkan kuali dalam sinki. Apa? Ya, kuali. Tanpa mencari jawapan disebalik peristiwa sebiji kuali yang belum dicuci, tindak balas otakku sudah memberi respon yang baik, ini tentu kerja makan sorang diri. Lalu aku buat tidak tahu.
Terskema
Categories:
xsihat ke?? tu laa... len kali jgn menipu org.nk bodek la konon.hahaha.xde la..take care
pasal cuci pinggan ue,kdg2 kite un kene mcm ue.kalau rse mcm rajin,kite basuh la.kalau rse marah,kite basuh sbb kite ckp dlm hati,xpela.buat utk Allah.nnty Allah bg kejayaan dlm exam.kalau rse mls,mmg biarlah ! haha
aku tahu sape yg tanpa name tuuu . amira ko kan ? hahaha . tindakan yg bagus kerana membiarkan gelas ituu . dan akan ade orang yg akan basuh . :)
mira, ngan nyamar. ada ue tu mu dah tu. haha
umai, tindakan bijak.... haha