Dan lafaz kalam indah itu seharusnya mendahului.
Hei manusia sejagat, ketahuilah Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani ini aku mulakan titipan kalepena pada Belakang Garisan Pena.


Dan padanya ini, aku masih tidak memahami mengapa  jari jemari ini tersedak dari istirehatnya kepada penitipan blog walaupun telah sedianya ada blog pada yang satu sebelum ini, Mungkin kerana itu untuk kehidupan disitu dan ini untuk kehidupan disini.

Dan jari ini terus menari, apa kehendak pada tulisan pertama hari ini, dan mata turut berkeras mencari, membelek, dan terus menerjah ruangan blog kepunyaan orang untuk melihat paparan blog pertamanya namun hatiku bertegas tidak sesekali meniru isi blog pertama kepunyaan orang dan aku yakinkan hati ini untuk meninggalkan titipan sebegini sebagai tulisan pertama aku pada blog ini.

Dan fikiranku terus bercelaru, benar dan realitikah aku membuka blog ini sedangkan blog disana masih tersedia untuk aku meluah rasa? Ya adalah jawapanku, aku yakin ini adalah salah satu tindakan bijak, biarkan disana dengan kehidupan suku dan disini dengan kehidupan suku. Disana untuk fakta log, disini untuk diary log. Ya benar, dan ini benar.

Kerana juga hari ini bertarikh 9 Disember 2010 dan titipan muqaddimah ini saatnya 01.37 a.m bertempatkan Irbid, Bandar Metropolitan Kecil Jordan.

Dan mungkin kerana juga saya KRIEY, bukan sesiapa.

Categories:

Leave a Reply