Aku rasa mereka yang bermasalah biasanya menghisap rokok. Bagi aku rokok kalau tidak dihisap rasanya tidak mengapa, tapi kalau ada yang tidak tahan jika tidak merokok sah mereka bermasalah. Mohon maaf jika ada yang terasa dinusuk qalbu jika aku berbicara tentang ini.

Terkilan
Ya, sakit hati jika berkawan dengan perokok bila kawan itu adalah mengaji agama, tidak dinafikan sekarang ramai saja mahasiswa Yarmouk mahupun JUST samada senior ataupun Junior ada saja yang merokok bahkan semasa aku ke Mu'tah dulu pun dalam bilik seorang ni siap ada balang shisha lagi. Dimana agaknya mereka letak ilmu mereka dengan pengharaman rokok ini.

Gembira
Sangat gembira aku menyaksikan penyokong PAS berkobar-kobar menyokong PAS, menjulang bendara suci itu dan mengangungkan Tok Guru tapi dah berbuih Tok Guru bertazkirah dan memfatwakan Rokok Haram tapi penyokong Fanantik ini juga tidak putus-putus menghisap rokok. Munafik mereka ini, kalau benar mereka setia dengan tok guru dah  pasti industri rokok jatuh bankrap di Malaysia kerana hari ini sedar atau tidak lima buah negeri  berada di tangan PR, kalau benar mereka setia kepada PR, maka tinggalah rokok! Bayangkan jika 5 buah negeri ini rakyatnya tidak merokok, apa akan jadi kepada industri rokok di Malaysia?

 Hairan
Sebenarnya aku turut terkilan, ingatkan Malaysia sudah krisis kes rokok dengan bilangan yang teramat ramai malah di Jordan ini perempuan juga merokok walaupun usia masih muda lebih-lebih lagi jiran belakang rumah aku ini. Setiap malam merokok dibelakang rumah aku, lempar cebisan puting itu dalam koridor unikku, perangai huduh, harapkan muka saja cantik ; baru nak ejas.


nota kaki :
kriey terlepas.

Categories:

3 Responses so far.

  1. eifa says:

    emm..betul2...buat ape la membazir duit beli rokok kan..baik beli makanan...
    hahh,,pempuan melayu ke yg merokok tu??ejas la kriey..pastu mu tarbiyah la dye....hahahhh..

  2. perempuan arab laa. kan dah kata tu kes di Jordan. apa la... tak mau ah. cari tulen yang Malaysia lagi bagus.

  3. eifa says:

    hahahhh..org arab comey pe..xlama ag,aku dgr citer kmu plak kawin kat sana..kan3??kawin sambil belaja..hahahhh...

Leave a Reply