Dikala tingkatan 1, memegangya aku sebatang pen untuk dipena dan mencatat setiap kalam lalu aku kale ia akan setiap yang aku rasa ingin menulis. Puisi pertama adalah Kudrat Seorang Ayah sehingga hari ini aku masih menyimpannya didalam almari usang rumahku bersama nota-nota lain termasuk sebuah cerpen kanak-kanak yang keanakan tanpa puitis mahupun bunga-bunga ayat.
Mula Bergiat
Maka terus dari tingkatan 1, masuk tingkatan 2, terba tingkatan 3 dan akhirnya sampai tingkatan 4 aku terpilih untuk mentertai Akademi Sastera Siber Akses 3 bertempat di Hotel Perdana Kota Bharu. Tarikhnya tanggal 7 Februari 2008, berlangsung selama 3 hari bersama sebuah kumpulan yang megah dibimbing oleh sasterawan termuka Salman_Sulaiman dan sahabat-sahabat baru dari Maahad Muhammadi Lelaki dan Perempuan, Madrasah Tarbiah Mardhiah Panchor dan SM Pasir Mas. Kekuatan kami satu kumpulan seramai 8 orang giat belajar bersungguh-sungguh dalam bidang penulisan dan persembahan teater.
Semakin Membisa
Di akademi tersebut, kumpulan kami merupakan kumpulan terbaik kerana telah mengondol keseluruhan tempat pertama 3 daripada 5 pertandingan iaitu Persembahan Teater, Penulisan Cerpen, dan Penulisan Sajak. Kami kalah kepada Persembahan Sajak dan Penulisan Novel. Dengan kemenangan ini, semangat menulis dan berkarya kami semakin membuak-buak sehingga sekarang.
eSastera.com
eSastera.com merupakan laman komuniti yang diuruskan dibawah NGO Sastera Siber. Penubuhan semejak 2002 oleh seorang Profesor Kejuruteraan di University Malaya Prof. Dr. Ir. Wan Abu Bakar Wan Abas bersama isteri tercinta Puan Hasimah Harun seorang guru Sastera STPM di sebuah sekolah di ibu kota Malaysia ; adik kepada Anual Bakri Harun (ANBAKRI) bekas Setiausaha Sulit Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan serta dibantu juga oleh anak-anak pasangan bahagia ini Kablam dan Lasykar Cahaya. Jelas, komuniti ini adalah sebuah NGO yang diuruskan oleh anak beranak sebagai penyebar kepada penulisan alam siber.
HesCom
HesCom adalah singkatan kepada Hadiah Esastera.com, ia dilangsungkan setahun sekali pada setiap 12hb Disember ataupun tarikh-tarikh terdekatnya pada Hari Sabtu saban tahun semenjak 8 tahun yang lalu. Ia merupakan hari bersejarah dan agenda tahunan eSastera.com yang membahagikan anugerah kepada para pemenang pertandingan sepanjang setahun yang dianjurkan. Baru-baru ini pada 11 Disember 2010 di Laman Budaya, Selangor.
Mencuba
Akhir tahun 2008 setelah aku bergelar Alumni Akses 3, aku mula mencuba-cuba untuk menghantar pertandingan Puisi Remaja. Tahun itu, HesCom dijalankan di Hotel Mirama Kuala Lumpur, Tuah Ayam di Kaki, Tuah Kriey?
Pengalaman
Bagai 2 Alam, percaya atau tidak, pembayaran Rm50 sebagai pendaftaran aku lunaskan, Usia Tingkatan 4, bersama 3 Orang Sahabat ; Nadziey, Nazreen, dan Ayo seusia berkelana ke Kuala Lumpur diwaktu air mulai bah di Kelantan menaiki Kereta Api Ekspress Wau pada malam 10 Disember 2008 sampai keesokan harinya di KL Sentral dan seperti Rusa Masuk Kampung, benar atau tidak usia sebegitu membawa diri demi HesCom dan bemalam dirumah saudara kepada Nazreen dan kami mulakan HesCom dengan mencari Hotel Mirama kesana kemari setelah penat naik turun LRT dan teksi akhirnya tiba kami dengan aman. Banjir di Kelantan terus hebat, Ibu Bapa kami dengan telefon yang berdering bertanya khabar tidak putus-putus dan akhirnya malam yang penuh bersejarah itu ternobantnya aku sebagai Pemenang Tempat Ketiga Puisi Remaja dengan hadiah Wang Tunai RM300. Tolak tiket dan tolak makan sebenarnya tiada untungnya aku cuma ia adalah satu pengalaman.
'Ketagih'
HesCom 2008 menjadi kenangan pertama, HesCom 2009 cabaran kedua, masa itulah Ujian Sijil Penilaian Menengah (SPM) bermula. 12 Disember 2009 bukan masa terluang. Kali ini Malam Bersejarah HesCom dijalankan di Hotel New Pacific Kota Bharu. Ya, di Kelantan. Masih lagi antara 2 Alam percaya atau tidak, 14 Disember adalah Ujian Pendidikan Al-Qura'an dan As-Sunnah, 12 Disember aku berkelana seorang diri dari Kuala Krai ke Kota Bharu menungang Motosikal Kriss Modenas kepunyaan Nazreen setelah selesai ujian pada 11 Disember dan perjalanan memakan masa lebih kurang 2 Jam perjalanan itu cukup memberi seribu pengalaman dan aku rasa usahaku berbaloi apabila dinobatkan sebagai Juara Katogari Pelajar Mengulas Novel Cinta Berbalas di Meja 17 (CBDM 17) meraih Rm500 tunai, 13 Disember turun ke Rantau Panjang bersama Dato' A. Samad Said samabil berdiskusi pelbagai isu dan bersarapan di Rumah Pak Anbakri serta bermudik di Sungai Golok.
Sedih
Terubat
Kesedihan melanda sebulan sebelum HesCom berlangsung namun terubat sejam setelah HesCom tamat. Antara percaya atau tidak, antara 2 Alam di Malaysia dan Jordan, aku dinobatkan sebagai Anugerah Blog Esasterawan Terbaik 2010 memperolehi sebuah lukisan bertemakan 'Jeram Pelangi' lukisan oleh pelukis terkenal tanah air Amin Daud dari Kumpulan Pelukis Studio Rajawali yang bernilai tidak kurang dari RM300. Lukisan ini disimpan oleh sdr Asy-Ramy sementara aku pulang ke Tanah Air dan lukisan ini akan dimuka depankan di Majalah Sastera.net edisi 11 akan datang.
Nota kaki :
Kriey? Alhamdulillah. Rasa mahu belanja orang makan. Ujian Kuliah dah lepas. :)
Sumber :
Laporan HesCom 2008 :
http://www.sastera-sms.com/hescom08/
Laporan HesCom 2009 :
http://esastera.com/komuniti/message.asp?c=2&ID=23314
(Pastikan Log In dahulu)
Laporan HesCom 2010 :
http://esastera.com/komuniti/message.asp?c=2&ID=27446
(Patikan Log in dahulu)
blog Esaterawan terbaik :
http://esasterawan.org/kriey
tahniah=) belanja lembu
Terima kasih, lembuuuuuu ada ya. haha
alhamdulillah...tahniah...kamu semakin maju...hurmmm..aku bile lagi ye..
wah~
sdr kriey menang hadiah hescom?!
walaupun dah terlewat...tahniah!!!
maafla...sy baru tahu. hehe...