Dulu aku pernah ditipu hidup-hidup oleh bapa aku. Dikatanya dia menerima panggilan telefon dari ustaz sekolahku yang melaporkan prestasi aku tidak seberapa masa tingkatan empat. Ya, aku dari awal itu adalah bohong semata-mata namun aku tahu niat abah ikhlas untuk bagi aku semangat. Masakan tidaknya bapaku tidak berbuat demikian kerana keputusan PMR dulu memang mengecewakan \, aku pun hairan kenapa keputusan PMR aku sedemikian rupa, 6B 3C. Aku cuba bayangkan jika gred itu dinaikkan dari B kepada A dan dari C kepada B pasti tidak mengecewakan sesiapa namun aku redha kerana itu adalah tertulis di Luh Mahfuz.

Tipu Lagi
Ya, harini di Markaz Lughoh semua pelajar aku rasa ditipu bahawa akan berlaku 'pengulangan' di markaz lughoh pada sem depan, aku tahu dan yakin itu adalah tipu semata-mata bagi memberi semangat kepada pelajar untuk belajar bersungguh-sungguh. Riuh dibicarakan oleh semua pelajar samada kelas aku mahupun kelas atas. Aku pasti.

Bukti
Keyakinan aku adalah kerana berdasarkan dua ideologi aku sendiri. Pertama adalah kerana esok adalah tasjil madah, kalau betul dikehendaki mengulang, adakah punyai masa untuk markaz lughoh? Atau terpaksa drop subjek yang didaftarkan? Siapa akan tanggung kosnya? Kedua adalah, senior ada memberitahu aku bahawa setiap tahun selepas markaz lughoh akan diadakan rehlah ke mana-mana. Tiada bayaran dikenakan. Jadi, kesimpulan awal aku adalah, tarikh 30/12/2010 atau 6/01/2011yang disebut-sebut pelajar ini adalah hari ujian mustawa adalah karut semata-mata, sangkaanku ia adalah tarikh ber rehlah bersama markazlughoh, jadi? Kita saksikan :)


Kalau salah sangkaanku, aku minta jauhlah dari terkena ulangan. Walau free sekalipun, maaf tak tahan dah dengan kitabah Dr. Omar dan Qiraah Dr. Rijan. Penat! Tapi kalau ulang muhaddasah dan istima' aku ok jer Best tu. Ha ha ha.






Free MP3 Downloads at MP3-Codes.com

Categories:

3 Responses so far.

  1. eifa says:

    KENE TIPU DEH??SIANNYE..oo,leh 6b 3c..ok la tu,xde yg gagal..bm x dpt a ep??aku tau bakpo kelas kite dulu ramai xleh bm a...eh..mu leh pangkat ape ek smu??

  2. hohooo aku boleh 5 mumtaz, j.jiddan jah. huhuhu

  3. Adinda says:

    yb kriey , kalu sek kito tok keno pekso markaz lughah mejo arabella aku tepoh so . hahaha

Leave a Reply