Ungkapan maaf sememangnya tidak pernah sepi dari diungkapkan oleh pesalah kepada mangsa kesalahnnya dan aku juga tidak lari dari mengungkap perkataan maaf itu namun ia pada sesetengah orang sangat sukar diterima oleh mangsa untuk perkataan maaf itu tapi aku tidaklah sezalim mereka yang sukar untuk memaafkan orang. Benar, aku tidak susah untuk memaafkan orang kalau ada yang meminta tapi kalau tiada yang menuntut maaf dari aku, jangan katakan aku tidak maafkan mereka bahkan aku berdendam lagi. Inilah sifat aku, kalau nak berkawan dengan aku, kenalilah bahwa itu adalah sifat aku.
Guru
Ya, guru. Di sekolah, aku sangat hormat guru aku, walaupun ada sahaja budak-budak nakal yang tidak berpuas hati dengan guru mereka atas sesuatu perkara, ada sahaja yang mencarut, menyumpah, menghina dan memberikan gelaran kepada guru tersebut namun sumpah aku tidak pernah melakukan demikian kepada guruku walau aku ditindas mahupun dipersalahkan bahkan walaupun aku mangsa kepada salah faham, bagiku sesuatu perkara guru lakukan tindakan kepada aku itulah berkat. Mereka yang bersalah sebenarnya harus memohon maaf untuk berkat dalam hidup. Dalam doa juga aku tidak pernah untuk tidak berdoa kepada guruku. Ku mohon ampun dari Allah untuk aku sendiri, untuk ibu bapaku, untuk keluargaku, untuk guru-guruku dan untuk sahabat-sahabat aku. Ya, ini adalah doa wajib aku selepas solat.
Pensyarah
Pensyarah? Mungkin aku adalah insan yang menerima kejutan budaya pembelajaran. Jika dulu dari tadika ke sekolah rendah dan ke sekolah menengah, kira-kira 14 Tahun aku hidup bersama guru-guru disekolah bahkan 6 tahun aku hidup bersama ayah angkatku ; seorang guru. Tiba-tiba, lebih kurang sebulan aku tidak bersama guru-guru lagi sebelum STAM, itupun STAM aku masih belajar dan berhenti sekolah pada bulan 8 selepas aku betul-betul akan berangkat ke Timur Tengah Jordan, sebulan sebelum terbang ke mari aku baru berhenti sekolah dan berhenti bergaul dengan guru. Tibanya di Jordan, aku dikejutkan terus dengan 'Budaya Universiti' untuk Ijazah tanpa Pra Universiti mahupun asasi atau diploma. Hal ini menyebabkan aku 'dia' yang mengajar didepan itu aku tidak menganggap guru kerana buda ini. Sehari dua lepas aku sangat benci kepada pensyarah ini walhal aku tidak pernah benci kepada guru sebelum ini. Semalam aku muhasabah diri dan natijah hasil muhasabah, aku sepatutnya melabelkan Pensyarah juga adalah Guru ; perlu dihormati dan dikasihi. Aku minta maaf wahai doktor.
Tenang
Hari ini aku jumpa sendiri doktor di dalam biliknya, awalnya aku mengajak tiga sahabat perjuangan aku itu namun mereka tolak atas dasar minggu depan masih lagi boleh jumpa. Kuliah wajib kami sudah habis, hanya tinggal study week namun doktor masih adakan kelas tetapi tidak wajib ; tidak diambil kehadiran. Aku fikir kalau jumpa minggu depan, mana tahu kalau doktor sudah membatalkan terus kuliah tersebut atau mungkin sebarang kemungkinan berlaku maka aku tekadkan diri untuk jumpa doktor seorang diri demi menenangkan hati aku yang gelisah sehari dua yang lalu.
Doktor
Aku luahkan kepada doktor bahawa tidak mungkin aku mampu untuk baca seorang diri bab-bab yang masih belum diajarnya dalam kuliah kerana kuliah sudah pun tamat dan bab-bab tersebut masih belum dikhatamkan dan akan masuk ke soalan Ujian Akhir. Kata aku lagi, tidak mungkin saya membuat andaian sendiri dengan membaca membuta tuli, saya datang sini mahu menuntut ilmu yang kekal, bukan untuk peperiksaan. Rayuku lagi, mungkinkah bab-bab yang harus saya baca sendiri itu disyarahkan didalam kuliah tidak wajib itu dengan masa yang sedikit lagi bakinya. Balas doktor, kamu baca dan cuba fahami. Kalau tidak faham, tanya saya di dalam kuliah dan saya akan syarahkan ia. Insya-Allah kamu akan dibantu.
Senang Hati
Ya, jika itu adalah jawapan doktor maka aku senang hati. Terima kasih doktor, mohon maaf kerana menyimpan dendam dan membusukkan hati. Doktor adalah guru. Guru adalah doktor. Anjakkan diri kepada penerimaan secara spontan ini, anggaplah ia guru sekolah menengah aku. Yang membezakannya adalah guru sekolah menengah adalah skema dan pensyarah adalah sebaliknya dalam sesi P&P.
Berbaki lagi 5. Bagaimana mahu selesaikan ia?