Siri Aku Juga Mahu Berumah Tangga - Selamat Tinggal Bujang

 Bujang, satu istilah yang sudah tidak asing dalam kehidupan harian kita. Bujang, tanpa isteri tanpa anak-anak, menanggung diri sendiri sahaja, makan dan minum ikut selera kais, andai pandai berjimat maka selesalah, andai sebaliknya, maka meranalah namun bujang bukannya semua susah.

Pelajar Over Sea
Aku, bukan sesiapa, Pelajar luar negeri ; timur tengah, Jordan. Hidup sedarhana sebagai pelajar bujang, belum beristeri, belum tunangan orang mahupun belum berpasangan sah. Sara hidup yang tinggi memberikan tekanan kepada diri sendiri sehingga mencapai tahap fikiran yang matang bagaimana mampu menguruskan dengan sempurna sehari demi sehari sehingga tamat empat tahun.

Suatu Malam
Pada hari yang hening, pulang dari Arabella Mall selepas sesaat menambah stok bilik ; roti dan sekutunya, tersinggah aku di Restoran Mandi Yaman. Tiada pelayan wanita mahupun pelanggan wanita padanya cuma yang ku cari adalah rezeki si bujang, rutob ; roti canai arab beserta daging sebagai lauk dan segelas tea adi. Berbincang kami tiga sahabat baik sambil meratah hidangan dua pinggan rutob dan daging serta tea padanya sebotol air mineral ; Shamsul Shafiq dan Ammar Roslan tentang sehari demi sehari perjalan hidup kami dari kisah Malaysia sehingga kisah rumah dan tangga kami di Jordan mengenai makan dan minum.

Situasi
Ya, diakui malam ini aku menjadi wartawan buat Ammar Roslan dan Shamsul Shafiq sebagai saksi situasi tersebut. Ya, diakui juga kami banyak kehabisan wang ringgit dalam kehidupan bujang sambil belajar. Setiap hari memasak dalam rumah berstatuskan share dalam satu periuk sekurang-kurangnya 4 orang, seketul ayam bagi setiap seorang, seekor ayam pula dipotong lapan, ini bermakna jika dua hari makan sudah pun habis seekor ayam, itu belum termasuk ikan, telur, sayur dan air minuman.

Pengakuan Jujur
Ammar membuat pendedahan berani yang menegaskan bahawa hidup bujang seperti ini amat susah dan inilah dinamakan bujang susah. Ya, Shamsul Shafiq juga bersetuju dengan hujah Ammar namun tidak bagi aku. Bagiku cukuplah aku bujang dengan stok yang bertimbun dalam bilik ini, jimat. Itu kata aku, kata mereka bagaimana? Syarah Ammar ketika sedang menikmati hidangan bahawa hidup berdua beruamah dan tangga sambil belajar lagi menjimatkan wang dan tenaga dari bersama kawan-kawan yang ramai. ''Mana tidaknya jika dalam masa satu minggu terpaksa habiskan tiga ekor ayam, empat ekor ikan dan sedozen telur untuk hidup bersama lapan orang sahabat dua bumbung tetapi satu dapur". Ujarnya. "Bayangkan jika hidup berdua dalam rumah dan tangga, seekor ayam tidak mungkin dapat dihabiskan dalam masa seminggu dan sedozen telur tidak mungkin  dalam masa sebulan serta seekor ikan pasti untuk satu kali makan dan air minum sebotol sehari memadai untuk tinggal berdua" tambahnya dalam bicara yang amat serius. Pengakuan jujurnya diteruskan lagi, "Begitu juga penjimatan elektrik dan air, elektrik hanya digunakan untuk satu bilik sahaja, walaupun dua orang tapi hanya guna satu bilik sahaja, pakaian pula tidak mungkin bertambun seperti bersama lapan orang sahabat seterusnya ia menjimatkan elektrik dan api serta gas kerana memasak tidak juga memasak dalam kuantiti yang banyak dan lama".

Berharap
Pijak kaki selama tiga bulan di bumi barakah ini untuk menuntut ilmu asalnya menjadi beban buat kami si bujang tiga sahabat ini. Malam minggu rutab dan tea adi. Biasiswa sahabat aku ini '8 8' dan aku tidak tahu mengapa mereka tidak mampu untuk menjadi seperti aku, guna cara 'stok bilik'. Mereka mungkin tidak mampu untuk hidup caraku ; bilik bersepah dan roti situ sini. Cuma Ammar harapkan cara cepat dan mudah untuk selesaikan masalah bujang susah ini adalah berumah tangga ; tinggal dua orang dan ekonomi adalah seperti yang dirancangkan tadi. Aku fikir betul juga, cuba untuk dapatkan kepastian maka aku bertanya sekali lagi ''betul ke Ammar?" maka dijawabnya dengan penuh keyakinan dan semangat "Ya, ana berharap sangat".

Calon
Menjadi debaran. Setelah pujuk memujuk berlaku akhirnya Ammar memberita................. -catatan dipadam-

Dengan wajah yang serius dan penuh harapan, strategi demi strategi Ammar memikirkan cara terbaik untuk mengeluarkan diri dari kongkongan Bujang Susah yang dihadapinya. Semoga rancangan mendirikan rumah dan tangganya di Irbid dan tinggal berdua dalam satu rumah pada tahun hadapan adalah menjadi realiti,bukan lagi perancangan kosong.


Melawat
Setelah selesai menghadap hidangan itu, kami berlalu dari kedai dan mereka ; Ammar dan Shamsul melawat rumahku dan menyaksikan sendiri bagaimana keadaaan dan cara hidup aku sebagai bujang senang dengan bilik yang bersepah dipenuhi palstik halawiyat, buah-buahan, roti, coklat, air mineral dan bahan masakan ; minyak serta serba sedikit makanan ringan yang lain. Ya, roti adalah paling banyak dan Alhamdulillah rezeki pada mereka berdua, aku memperkenalkan roti kegemaranku ; Roti John. Maka dengan ini, bukan setakat dengar sahaja cerita bahawa 'stok bilik' itu dari mulut ke mulut tapi kali ini mereka adalah saksi kepada mata dan perut mereka.

Strategi
Maka malam ini, aku dan mereka ; kami bertungkus lumus menyiapkan hidangan tiga buku roti dengan resepi sebagai Roti Jong. Ammar tukang kacau telur, aku tukang arah dan Shamsul tukang lihat. Ini bermakna yang membuat roti ini adalah Ammar berseorangan kerana aku hanya mengarah dan Shamsul hanya lihat sebagai saksi sahaja. Biasalah adat, kerana ini resepi aku dan Ammar yang teringin makan dan Shamsul hanya neutral ; asal ada maka makan. Jadi ia adalah cukup adil. Selepas tiga puluh minit bertungkus lumus akhirnya siap dihidang dan sekali lagi kami makan roti setelah sejam berlalu makan rutab di Mandi Yamani.

Sedap
Ya, aku tak kata tapi Ammar dan Shamsul yang akuinya. Ini adalah resepi turun temurun aku dari ayahanda sejak enam tahun yang lampau akhirnya ia dibawa ke Jordan dari Malaysia. Entah kenapa ketika sedang enak makan sambil berbual, sekali lagi Ammar membuat kejutan bahawa dia akan datang kerumahku selepas subuh hari ahad nanti untuk memasak Roti John yang sedap ini sebanyak lima biji  hadiah kepada doktor yang mengajar kami di Markaz Lughoh ; Dr. Omar, Dr Salim, Dr. Rijan, Dr. Hala dan Dr. Ala' sebagai bodek untuk markah peperiksaan akhir Markaz Lughoh yang akan dijalankan pada hari rabu nanti supaya tidak diulangi belajar perkara yang sama. Ini adalah idea Ammar dan Shamsul, bukan dari aku. Benar atau tidak kita lihat saja hari Ahad nanti.

Roti yang akan dimangsakan.

Inilah wajahnya yang begitu sedap. - Ammar yang cakap/

Hidangan sedia untuk dimakan.

Rumah dan Tangga
Untuk berpindah dari rumah sekarang adalah mustahil kerana terikat dengan kontrak bersama tuan rumah maka untuk mendirikan rumah tangga baru pada tahun hadapan semestinya selepas bulan sembilan dan Insya-Allah Ammar akan tinggal berdua bersama dalam sebuah rumah demi perancangan ekonominya namun aku adalah insan biasa dan aku juga punyai nafsu, aku juga turut menjadi seperti Ammar maka dengan ini aku mengumumkan bahawa aku juga akan berumah tangga. Insya-Allah tahun depan aku mahu berumah tangga di Irbid - Selamat Tinggal Bujang, ini adalah mungkin bertiga. Awalnya Ammar hanya mahu hidup berumah tangga berdua dengan Shamsul Shafiq sahaja tetapi atas ehsan Ammar, aku juga akan tinggal bersama mereka. Ini bermakna Ammar bukan lagi berumah tangga berdua-duaan pada tahun hadapan tetapi bertiga. Harapnya pemindahan kami akan mengurangkan kos seperti yang dirancang Ammar itu. Hidup bertiga dalam sebuah rumah adalah lebih jimat dari tinggal berlapan. Semoga Allah mempermudahkan segala urusan kami dan membawa transformasi dari Bujang Susah kepada Bujang Senang, Insya-Allah.


pss/ bukan berumah tangga berdua bersama isteri la, berdua bersama Shamsul asalnya, aku sahaja nak masuk sekali supaya bertukar dari stok bilik kepada stok rumah kami bertiga. Doakan :)









Free MP3 Downloads at MP3-Codes.com

Categories:

6 Responses so far.

  1. jgn smpy ade lipas >.<

    ammar jgn gatal sgt ! bgtahu pak cik roslan kang.hahah

  2. baru aku sedar,lagu x boley blahhh !

  3. Apa ni, ada yang terasa ke awal2 lagi komen mengkomen ni.

  4. haiiiii..debar aku baco entry nih..wakakakaka..semoga transformasi bujang susah ke bujang senang menjadi..amin !

  5. Iman says:

    Iman beritahu baba yeh!!!!

  6. eifa says:

    alah,kriey..klu berumah tangga dengan isteri pun pe salahnyer...ade orang tolong masakkan..

Leave a Reply