Siri Hamba Duit

Hakikat Hamba lebih sesuai di labelkan kerana hamba yang diupah dengan harga yang mahal akan tidak mengaku bahawa dia adalah hamba abdi namun hamba yang dibayar murah atau dipergunakan akan menonjol dan mengaku bahawa dia adalah hamba, bila situasi hamba abdi ini dibayar murah maka mulah hamba-hamba ini menjadi katak lompat dari situ dan kesini namun ada juga kes hamba yang tidak berpuas hati atau hamba yang dipancing dengan bayaran yang tinggi akan lompat dari sini ke sana.

Kesanggupan
Mereka sanggup menjadi hamba abdi kepada mereka yang berkuasa semata-mata kerana bayaran yang tinggi walaupun terpaksa menggadaikan maruah agama, lulusan PhD. di Universitu Azhar sekalipun kalau sudah menjadi hamba kepada mereka sanggup juga berpakaian seksi dan bersalaman dengan bukan muhrim walaupun sebagai menghormati mazhab, sekurang-kurangnya lapiklah tangan dengan sesuatu yang mampu mengelak dari bersentuhan kulit.

Kritikal
Memperjuangkan asal usul adalah tidak sepatut diperjuangkan, walaupun Nabi Muhammad sendiri sayang kepada bangsa arab kerana Baginda adalah berbangsa arab namun dalam dakwah baginda  tidak pula menekankan ketuanan arab. Siapa tidak sayang ketuanan bangsa itu sendiri? Tapi kenapa ia harus menjadi dasar perjuangan sedangkan yang lebih aula adalah perjuangan Islam namun ditepis dengan alasan untuk membangunkan negara dahulu barulah dapat memandang serius kepada masalah islam dan memperjuangkan. Padahal mereka tahu bahawa tanah air kita sudah pun maju jika hendak dibandingkan dengan negara lain namun bilakah masanya untuk memperjuangkan islam pula? Inilah dia hamba kepada sekularisma.

Bermula
Ya, siapa menafikannya memang dia seorang yang tidak berfikir panjang. Dari kecil,, ibu bapa pasti ada bertanyakan  ''nanti besar nak jadi apa?" Sudah pasti jawapan itu dan ini. Misalkata sudah usia kita cecah pelajar sekolah rendah, sekali lagi ibu bapa bertanyakan kita mengenai cita-cita dan kita jawabnya dengan penuh keyakinan, misalnya 'guru'. Maka dari situ pendidikan kita akan diterapkan untuk menjadi guru, dihantar ke IPGM misalnya dan itu dan ini dan akhirnya lahirlah bayi tersebut kepada dewasa menjadi seorang Guru Matematik misal kerana cita-citanya. Jelas atau tidak ini adalah dibawah pendidikan sekular dan hamba kepadanya yang begitu tajam? Bagaimana jika bertanyakan kepada guru matematik yang diasuh dari kecil itu mengenai ilmu geografi misalnya, adakah guru matematik itu akan tahu? Pasti tidak kerana itu bukan bidangnya. Sampai ke tua, guru tersebut hanya pandai matematik, dan mengajar matematik serta mengkaji matematik sampai pencen. Bukankah itu dinamakan hamba sekular? kalau ditanya kepada pelajar-pelajar, ''kenapa kamu belajar?" pasti jawapan mereka kerana ia adalah tuntutan islam. Persoalannya, dimanakah bukti yang mereka belajar kerana tuntutan islam jika hanya satu bidang sahaja mampu mereka kuasai? Islam menuntut untuk belajar satu bidang sahaja kah? Jelaslah ini adalah hamba kepada kapitalis pemerintahan sekarang, mereka terus dibeli dan dibeli. Yang bodoh agama terus menjadi bodoh, yang bodoh matematik terus bodoh dan begitulah seterusnya.

Mengelak
Bila dipersoalkan kepada hamba-hamba kapitalis ini mengenai permasalahan ini, jawab seorang dari mereka kerana tampuk pemerintahan yang lama dimana berlakunya pergaduhan antara ahli sains dan gereja sehingga sekarang kelapangan untuk belajar lebih dari satu adalah terhad kepada individu dalam satu masa. Jika untuk menuntut semua ilmu mungkin ia memerlukan pemerintahan yang lebih profesional untuk menukar pentadbiran pendidikan negara. Manakala jawapan seorang lagi adalah betul-betul lari dari tajuk, "saya belajar sains tapi sekarang saya berniaga, biznesmeng, mampu bayar zakat, tak belajar ekonomi dan tak belajar agama yang mendalam pun''. Hampir-hampir sahaja aku mahu jawab ''mak aku tak sekolah langsung masa kecil tapi boleh sembahyang dan berniaga pasar malam sehingga mampu juga bayar zakat, tak belajar sains pun".

Itu adalah jawapan paling tolol, manusia zaman purba pun tidak sekolah tapi mampu buat sistem barter dan percaya kewujudan tuhan. Itu adalah perkara basic la tuan.......






Free MP3 Downloads at MP3-Codes.com

Categories:

2 Responses so far.

  1. Adinda says:

    hahahahaha..yang tak bleh blah adaalah sunahh bila nak kawen dua je..

Leave a Reply