Di Jordan ini aku rasa seperti di Malaysia saja, mengapa tidak, makanan disantap hidangan melayu ; Ayam Gulai, Ayam Kari, Ayam Kunyit, Tom Yam, Ikan Gulai, Ikan Goreng dan sekutu dengannya. Setiap pagi Nasi Goreng China, Nasi Goreng Kampung, Nasi Goreng Paprik dan sekutu dengannya malah hampir setiap malam minggu aku dan sahabat pekena roti canai di Restoren Mandi Yamani bahkan setiap malam hilangkan dahaga dengan air tea mahupun nescafe. sah! tiada bezanya di Malaysia.

Kisah Cinta
Rasa masih sama dengan Malaysia lebih-lebih lagi mendengar siaran IKIM secara online di sini. Sedang asyik mendengar siaran ini tiba-tiba sudah masuk kepada ruangan motivasi. Tidak pasti siapakah motivatornya namun kisahnya adalah mengenai cinta. Cinta. Cinta dan Cinta.

Mengenainya
Tidak suka aku untuk mengulas cinta motivasi itu tapi kerana tajuknya Kisah Cinta aku cuba menyingkap  kisah cinta aku dan dia. Cinta Dia?

Cinta Dia
Aku cuba mencari cinta namun cinta semuanya dusta. Mampu mengenyitkan mata namun tak mampu mengenyit hati yang jujur. Sebenarnya aku masih belum ada cinta pada mereka kerana mereka tiada yang cinta secinta tulus. Bukan aku mencari sejelita Zulaikha mahupun sebaik Khadijah atau setabah Ai'syah dan bukan juga segedik bohsia tapi hanya mencari cinta sejujur dan sesetia serta memahami siapa diri ini.

Sajak Pendek Putus Cinta

Hina dan tercalar
saat disebat dan dilibas daun-daun nistamu.
Aku
sirami dengan kebenaran
bajai dengan ketulusan.
Namun
pohon dustamu lebih gah.
 

Dia sebenarnya masih tiada. Menunggu ibu katakan ; cari. Sayang ibu sesayang cinta padanya. Berkat ibu ada pada cintanya. Siapa dia? Masih belum mencari.      Sudah ada..

Categories:

One Response so far.

  1. eifa says:

    Jika 'pemilik cinta' diketepikan,peminjam cinta dijulang-julang..bagaimana kita dapat bahagia..hati kita milik ALLAH..ambillah cinta dan bahagia dari sumber yang asal..insyaALLAH kita tidak akan kecewa...raih cinta ALLAH dahulu..dan dengan sendirinya akan datang cinta dari orang yang mencintai ALLAH...

Leave a Reply