Ya, weblog kali ini mungkin paling ringkas, harap ada yang memahami. Aku sakit hati yang teramat sangat dengan enam individu ini namun biarkanlah.
Ketenangan
Ya, aku mahu cari ketenangan yang tak pernah lagi aku cari. Sumpah, aku tidak pernah berasa sakit pada hati sebegini rupa dan sumpah aku tidak pernah mencari ketenangan sampai tahap sebegini aku mahu. Bila yang disayangi bukan lagi menambah benih penawar tapi menambahkan lagi baja kesakitan dalam hati ini. Tiada sudah aku mahu luahkan pada sesiapa.
Lari
Ya, alang sakit hati begini, aku masih bisa berbahasa elok pada wall post ini. Biarkan aku lari untuk jangka masa panjang. Semoga hatiku cepat sembuh sehingga semua selesai dan esok, mahu saja aku jumpa dan buat perhitungan satu persatu dari enam individu ini dan aku ingin menyepi sehingga tiba masanya yang aku janji untuk bermudik kapal ke seberang. Mungkin masa itu juga hatiku masih belum sembuh namun janji aku pada kawan-kawan atau sesiapa sahaja tidak pernah aku ingkari.
Selamat
Pergi dulu, doakan aku selamat dan tidak bercakap seorang diri yang membawa kemungkinan aku merempat di syari3 jamiah.
Categories:
tabahkan hatimu...minta pertolongan dari Allah..dan minta ketenangan dengan-Nya juga....baca al-quran selalu supaya hatimu tenang menghadapi segala rintangan..
ye faa