Hampir sudah untuk cuti sem pertama dan sudah empat bulan aku bergelar Mahasiswa Yarmouk. Keluarga di Malaysia seminggu sekali aku hubungi, bermacam suka dan duka aku disini. Sukanya banyak dan dukanya juga banyak, Suka berkawan dan ada juga duka berkawan. Itulah roda kehidupan, roda tidak semestinya berpusing atas ke bawah atau bawah ke atas namun boleh juga mahu katakan roda itu adalah sfera seperti bola ; bulat. Ada sesekali lantun kuat ada sesekali lantun perlahan, ada sesekali disepak untuk gol panalti ada juga disepak untuk berbagi dan ada juga ditangkap seperti ragbi.

Suka
Ya, aku dan kawan-kawan baru disini memang aku suka, kawan di kuliah dan kawan di markaz, tak juga kawan baru di Facebook yang semakin meningkat pelajar JUST mahupun Yarmouk. Suka juga bila Ujian Pertama yang begitu gempak buatku.




Duka
Ya, harini memang duka yang mendalam. Keputusan Ujian Pertengahan Tahun sudah keluar. Tiada apa yang mampu diungkapkan. Namun 12/01/2011 Ujian Akhir. Mungkin itu sahaja peluang terakhir untuk yang terbaik.

kriey, jangan bersedih.

Categories:

2 Responses so far.

  1. la tahzan..sungguh ilmu yg dicari bukan markah yang diingini..
    ikhlaskan hati dalam menuntut ilmu..
    k..insyaAllah

  2. cuiya.... hehehe terima kasih sudi singgah. semoga. sama2 berdoa.

Leave a Reply