Jual tiket, tak ada yang susah pada awalnya aku ingat namun setelah ujian getir pertama kali kumpulan pertama tiket ditolak oleh Gulf Air hampir memutuskan semangat aku namun kembali pulih apabila Agent Etihad sanggup ambil tiket tu tapi kembali pasrah buat kali kedua bila Etihad tidak menerima dan ini berlaku dalam tempoh masa yang agak lama, 3 minggu sampai sekarang baru selesai bila Kuwait Airlines sanggup terima.

Ragam Pelanggan
 Tidak dinafikan bahawa pelanggan ni banyak ragamnya, ingat lagi pelanngan mula-mula Kak Asma dan 4 sahabatnya ni, dan malas pula nak cerita kisahnya nanti menjadi panjang lebar. Sakit hati berbaur lawak pun ada. Biarlah, asal dia bahagia.

Paling Lawak
Mana tidak lawaknya ini berlaku kepada Kak Sakinah dan 2 sahabatnya. Tarikh yang di book adalah 13/1/2011 dan dia mahu masa pada waktu petang atau malam kerana tengah harinya ujian, katanya lagi nak tarikh 13/1/2011 juga sebab 15/1/2011 dia ada program penting di Malaysia. Dia tidak cakap awal-awal yang dia ada ujian pada tengah hari namun setelah berlaku krisis tolak menolak tiket dari flight2 ni maka berlakulah juga perubahan masa. Asalnya tiket Etihad mereka adalah jam 3.30 petang namun Kuwait Airways hanya menyediakan pada jam 11.30pagi untuk sesi siang. Bila tiket siap ditempah dan pembayaran dibuat kepada agent maka diserahkannya jadual tiket asal Kuwait untuk sesi siang jelas menunjukkan jam 11.30pagi waktu berlepas. BIla tahu pada pengetahuannya, terus dia menerkam aku kerana masa  11.30pagi itu dia masih ada ujian. Aku pula jadi tidak keterahuan.

Selamat
Jam 11.30 pagi itu adalah waktu dalam jadual sahaja namun ia akan diubah oleh syarikat flight selepas pembelian tiket. Aku kalut, wafir pun kalut dan dia pun kalut. Dia terpaksa redha kena bayar lebih jika nak tunda pada sesi malam iaitu pada jam 9.30 malam dan aku pun kata ok nanti akan diperoses dan wafir pun ejas dengan agent untuk tukar masa berlepas lalu agent memaklumkan bahawa sememangnya tiada flight pada jam 11.30 tapi flight adalah pada jam 2.30petang di atas tiket, 11.30pagi hanyalah jadual semata-mata. Huh aku lega sekarang (jam 3.16pm 15/12/2010) dan Kak Sakinah ni mash dalam kekalutan rasanya sebab aku masih belum beritahu padanya. Malam ni sajalah aku bagitahu. Beri pengajaran sedikit kepada orang yang suka buat kalut malut ni. haha.


Untung
Alhamdulillah, untung untuk minggu lepas dah dapat dan dah ditunaikan janjinya untuk buka meja di McD. Aku fikir aku akan kaya jika untuk banyak ni untuk seminggu kalau aku ada pelanggan 30 orang sebulan.  

Categories:

4 Responses so far.

  1. eifa says:

    aii..jual tiket pulak ke?/bagus2..leh cari duit lebih ye x??hahahh..

  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
  3. eifa says:

    amboi...dahla dpt biasiswa dr esastera lg...tiket flight ke mu jual??ke tiket bas..klu tiket bas mahal bangat lor...

  4. tiket roket aku jual fa. ha ha ha

Leave a Reply