Malam ini tersepak pada 15 Mac 2011 
bersamaan 10 Rabiul Thani 1432h.

'' # Alhamdulillah petang tadi telah saya selesai mendomainkan blog ini, maka dari itu blog saya kini dengan alamat baharunya www.kalepena.com . Dengan ini insya-Allah saya cuba memanfaatkan sebaik mungkin kiriman weblog ini. Semoga Allah memberkati kita semua.  # ''

          Sukanya saya bercakap mengenai wanita pada kiriman kali ini kerana wanita itu adalah 'tiang' bagi lelaki, masakan tidaknya kerana tanpa wanita maka siapalah lelaki tapi ingatlah bahawa tanpa lelaki juga boleh saya katakana siapalah wanita kerana manusia telah Allah ciptakan berpasangan bagi segala yang ada di alam semesta ini. Saling melengkapi, sekaligus saling mengisi, saling bekerjasamas saling mengimbangi., saling mempengaruhi satu sama lain., dan saling menyempurnakan. Bagaikan malam dengan siang atau tangan kanan dan tangan kiri, begitu juga dengan kaya dan miskin, tauke dan pekerja, orang pintar dan orang bodoh, ulama dan orang awam dan seterusnya, semuanya cocok berpasangan, andai tiada salah satu atau ada yang tidak berpasangan, apa akan jadi pada malam jika siangnya tiada? Apa akan jadi pada si miskin bila si kaya tiada? Dan begitulah seterusnya.

Dalam surah Adz Dzaariyaat (51): 49 Firman Allah :
Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat akan kebesaran Allah.


Manakalah dalam surah Yaasin (36): 36 Firman Allah :
Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan berpasangan semuanya, baik dari apa yang ditumbuhkan oleh bumi dan dari diri mereka maupun dari apa yang tidak mereka ketahui.

Dan dalam surah Asy Syuura (42): 11 Firman Allah lagi :
(Dia) Pencipta langit dan bumi. Dia menjadikan bagi kamu dari jenis kamu sendiri pasangan-pasangan dan dari jenis binatang ternak pasangan-pasangan (pula), dijadikan-Nya kamu berkembang biak dengan jalan itu. Tidak ada sesuatu pun yang serupa dengan Dia, dan Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat.



Saya tidak ingin bercakap mengenai kejadian berpasangan, ayuh kembali kepada tajuk utama kita iaitu Wanita Solehah.

Sebuah hadis Nabi menyatakan: Daripada Anas, Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai." (Hadis Riwayat Ahmad)

Menurut hadis di atas sekurang-kurangnya ia telah menggariskan empat dasar atau sifat utama yang menjadi teras bagi seorang wanita muslimah memasuki syurga, iaitu menunaikan kewajipannya kepada Allah dalam makna melaksanakan ibadah-ibadah yang diwajibkan ke atasnya seperti sembahyang, puasa, dan lain-lain ibadah wajib yang mampu dilaksanakan.

Sebuah hadis menyebutkan bahawa sembahyang adalah perkara pertama yang akan disoal di hari Kiamat

Sebuah lagi hadis berbunyi :
Daripada Abu Hurairah Radhiallahu Anhu, Nabi Sallallahu Alahi Wasallam bersabda: "Sesungguhnya perkara yang pertama sekali dikira dari amalan hamba di hari kiamat ialah sembahyang ; sekiranya sembahyang itu sempurna, maka beruntung dan berjayalah dia, dan sekiranya ia rosak, maka kecewa dan rugilah dia, kalau kewajipan fardhu masih kurang, Allah berfirman: Lihatlah adakah amalan-amalan sunat untuk menyempurnakan kekurangan tersebut. Demikianlah seterusnya dengan amalan yang lain"
(Hadis riwayat at-Tirmizi)

Disamping menunaikan kewajipan kepada Allah, menunaikan hak dan kewajipan kepada suami juga merupakan hal yang tidak boleh diabaikan oleh seorang wanita.


Tertunainya hak dan tanggungjawab suami barulah akan turun keredhaan dan rahmat Allah kepadanya. Menjaga kehormatan diri juga merupakan hal yang digariskan oleh hadis di atas. Antara hal-hal yang boleh diketegorikan dalam konteks menjaga kehormatan itu ialah mempunyai sifat pemalu, jika suaminya keluar dia akan menguruskan dan menjaga dirinya dan harta suaminya dengan amanah. Bila suaminya datang kepadanya dia akan menjaga mulut daripada menyebutkan perkataan yang tidak elok didengar.

Sebuah hadis Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam menyatakan bahawa: "Sesungguhnya sopan santun dan keimanan adalah saling berkaitan, jika salah satunya dikeluarkan, yang satu lagi juga akan hilang serentak." (Hadis Riwayat Baihaqi)

Maksud hadis ini ialah jika kesopanan atau sifat malu sudah hilang, iman juga akan hilang bersama-samanya. Betapa besarnya pengaruh antara kesopanan dan keimanan kepada diri seorang wanita itu,
Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam menegaskan dengan sabda baginda: "Apabila sesesorang itu terlibat dengan penzinaan, ia bukan lagi seorang beriman, apabila seseorang itu mencuri ia bukan lagi seorang beriman, apabila seseorang itu meminum arak ia bukan lagi seorang beriman, apabila seseorang itu menyeleweng setelah diberi amanah oleh orang lain ia bukan lagi seorang beriman, dan apabila seseorang diantara kamu menipu ia bukan lagi seorang beriman, oleh itu berjaga-jagalah!"

Taat kepada suami merupakan satu lagi sifat wanita yang digambarkan oleh hadis yang dipaparkan di awal kiriman ini. Taat kepada suami adalah tanggungjawab isteri yang wajib di sempurnakan.

Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh al-Imam Bazzar Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: "Kamu sampaikan kepada perempuan yang kamu jumpa, bahawa taat kepada suami, dan mengakui hak-hak suami, sama pahalanya dengan berperang dan bertempur dengan musuh-musuh Islam di medan pertempuran, tetapi sedikit sangat daripada isteri-isteri yang menyempurnakan hak-hak suami mereka." (Hadis riwayat Al Imam Bazzar)

Isteri adalah pusat dan sumber kebahagiaan dan ketenteraman di dalam sebuah rumahtangga. Ia perlu mempunyai sifat-sifat sabar dan perhatian yang sepenuhnya kepada suami dan juga anak-anak.

Sekian sahaja dari saya,
Kriey,
Irbid, Jordan.

Categories:

6 Responses so far.

  1. Toyyib wa ahsanta....

  2. syukrah wa ahyakallah. =)

  3. afwan wa ahlan bik cuiya =)

  4. Tanpa Nama says:

    macam mana pulak dengan LELAKI SOLEH

  5. Admin says:

    akan diusahakan.

Leave a Reply