Perempuan Kasut Tumit Tinggi

               Hari ini Jummat 6 Rabiul Thani, 11 Mac 2011. Saya terlewat subuh pada pagi ini mungkin kerana lewat tidur semalam untuk menyelesaikan tugasan dan ditambah pula dengan hujan yang renyai-renyai kadang-kadang rintik dan pada situasi yang sama ada juga hujan lebat bersama angin kencang pada kedudukan 2 hingga 6 darjah selsius sehingga mampu menurunkan salji di sesetengah tempat seperti Amman, Ajlun dan Karak walaupun tidak seberapa tebal. Iman saya mungkin lemah pada hari ini kerana tidak solat subuh tepat pada masanya dan tidak juga ke masjid dimusim sejuk ini yang kadang kala mampu menggugat iman dan taqwa kita bila semuanya naik semangat, bila semangat tidur naik, semangat makan naik, mudah kata serba nafsu naik.

              Semalam saya ke kelas, saya lihat ramai yang mengaku perempuan. Ini bukan umpatan, saya belum lagi mengikuti syarat mengumpat jika saya berkata begini. Perempuan ini mengaku bahawa dia Islam, tidak kiralah melayu atau arab atau monggolia atau libya atau mana-mana sahaja bangsa dan mereka ini tidak kira juga ada yang berniqab dan ada yang tidak malah ada juga yang bertudung singkat mengaku Islam, bila ditanya mereka akan kesucian dan kemurnian Islam seperti permata yang ada pada mereka, kata mereka mereka sayang dan mereka menjual mahal kepada mana-mana lelaki dan sememangnya mereka ini mahal harga dirinya.

                 Mahal? Ya mahal sekiranya mereka memenuhi TIGA CIRI-CIRI ini, pertama BUTA, kedua KUDUNG KAKI, dan ketiga PEKAK dan BISU . Buta pada penglihatannya kepada benda yang sia-sia, kudung kakinya pada jalan maksiat dan pekak telinga dan bisu mulutnya dari mengumpat dan mendengar umpatan atau dari mulut yang panas dan suara yang tinggi. Aduhai, semua wanita kah memiliki ini? Tidak, jarang sekali yang ada. Ia termasuklah wanita dalam kuliah syariah bersama saya bahkan satu jabatan Usuluddin dengan saya pun tidak sama semua memiliki ini. Bagaimana saya boleh tahu? Jawapannya ada pada fikiran anda bila wanita itu sebenarnya tidak kudung kakinya.

                   Teman, kudung kaki dari jalan maksiat bukan bererti tidak ke disko, tidak ke tempat maksiat atau seumpanya tapi kudung ini juga harus dikategorikan sebagai mengelak diri dari dipandang oleh bukan muhrim, menarik perhatian bukan muhrim, memaksa nafsu bukan muhrim dengan cara memzahirkan perhiasan diri termasuklah MEMAKAI KASUT TUMIT TINGGI. Aduhai mak, bergaya dengan kasut tersebut sehingga bukan muhrim teruja bila melihat wanita tersebut. Derupan kasut dengan bunyi yang merdu 'drup drap drup drap' juga kadang kala boleh membawa sejuzuk dari pandangan lelaki kepada wanita. Soalan saya, mahalkah harga diri wanita sedemikian bila asyik dipandang lelaki? Tiada gunanya bertudung labuh jika begitu andainya perkara selekeh ini tidak mampu dikawal.

                   Apa pun, ini pandangan saya sahaja, tidak pernah saya mendengar hasutan dari mana-mana pihak untuk mengeluarkan artikel ini.

Salam hormat dari saya,
Kriey, Irbid, Jordan.
02.14 Pm.

Categories:

2 Responses so far.

  1. mira says:

    tp boot ak mmg tertumit tinggi.but bile jln sebolehnye ak jln gne jari kaki je. =.=

Leave a Reply