SUMPAHAN PIRAMID

Lord Carnarvon, seorang ahli kajibumi yang terkenal telah ditemui mati dalam cara yang pelik di sebuah bilik di Hotel Continental di Kahirah. Peristiwa inilah yang telah membuka mata dunia tentang adanya sumpahan berdarah bagi sesiapa saja yang cuba berani menyentuh harfa pusaka Raja Firaun yang tertimbus di dalam tanah.

Pada 17hb. Februari 1923. Carnarvon bersama sekumpulan pekerjanya memasuki ruang makam raja kanak-kanak Tutakhamun. Di dalam ruang itu dia bersama pekerjanya yang berbangsa Amerika, Howard Carter telah menemui barang berharga termasuk benda-benda yang belum pernah mereka sangka. Mereka menemui emas, batu-batu berharga, batu permata dan tepi peti mayat yang diperbuat dari emas padu berisi mayat Firaun muda, (anak Firaun) iaitu Tutankhamun yang telah pun menjadi mami. Di atas nesan makam itu terukir satu deretan tulisan dalam bahasa Mesir Purba yang telah diterjemahkan membawa makna yang sangat menakutkan:

"Kematian akan menimpa mereka yang mengganggu Firaun dalam tidurnya."

Itulah sumpahan berdarah Tutankhamun Sebelum memulakan ekspedisinya, Carnarvon telah mengetahui hal itu semenjak dia masih berada di negeri Inggeris. Bahkan seorang ahli mistik pada masa itu iaitu Count Hamon telah memberikan peringatan rahsia itu kepadanya.

"Carnarvon, jangan masuk makam. Melanggar larangan bererti bahaya. Engkau akan terkena penyakit yang tidak dapat disembuhan." itulah kata-kata nasihat yang dikatakan oleh Count sebagai peringatan.

Pada mulanya Carnarvon terpengaruh juga dengan larangan itu. Dua kali dia meminta nasihat daripada ahli nujum yang selalu meramalkan bahawa dia akan mati dalam keadaan ghaib.

Walaupun telah dilarang dan diberitahu demikian, oleh kerana didorong oleh cita-citanya yang besar akhirnya dia mengenepikan segala nasihat dan larangan itu. Ekspedisi impian selama bertahun-ahun itu akhirnya dia mulakan. Ketika sampai di Mesir, Carnarvon bersikap seolah-olah berani dan gembira serta menganggap kata-kata nasihat itu sebagai cakap kosong

"Kalau Carnarvon masuk ke dalam ruang makam Firaun dengan semangat seperti ini, dia pasti akan berumur panjang," kata Arthur Weigal, kata kawan rapat Carnarvon yang turut ikut dalam ekspedisi itu.

Dua bulan setelah berjaya dengan ekspedisinya itu, di dalam sebuah bilik di Hotel Continental di Kaherah, Lord Carnarvon telah ditemui mati. Hari-hari sebelumnya, Carnarvon selalu berkata dengan gelisah kepada kawan-kawannya,"Saya rasa terseksa oleh harta Firuan itu."

Bertambah pelik lagi, malam kematian Carnarvon itu, di rumahnya di pinggir kota London, anjing kesayangannya asyik melaung-laung tidak berhenti, dia menyalak seolah-olah tahu akan petanda datangnya kematian tuannya itu. Salakannya yang kuat itu telah membangunkan semua jiran tetangga pada tengah malam itu. Tetapi anjing itu tidak dapat ditenangkan dan terus menyalak sehingga anjing itu sendiri menghembus nafas terakhir. Anjing itu berbaring dan akhirnya mati secara perlahan.

Namun begitu, ahli perubatan mengatakan kematian Carnarvon adalah disebabkan oleh gigitan nyamuk terkena kuman yang menyangkit sehingga menyebabkan radang paru-paru.

Pada pipi sebelah kirinya memang di dapati luka yang disyakki bekas gigitan nyamuk. Anehnya, menurut (agenda, mayat Tutakhamun yang telah diawet itu juga terdapat luka pada pipi sebelah kirinya, di tempat yang sama seperti luka akibat gigitan nyamuk yang diduga menyebabkan kematian Carnavon itu.

Kebenaran tentang wujudnya sumpahan Tutakhamun mula menghantui benak fikiran para ahli kajipurba yang lain yang dipimpin oleh Lord Carnarvon itu. Selepas itu seorang demi seorang ahli kaji purba yang mengikuti Lord Carnarvon itu mati juga dalam keadaan yang misteri dan mencurigakan.

Tidak lama berselang setelah kematian Carnarvon, di tempat yang sama, Arthur, ahli kajipurba yang berbangsa Amerika itu pula ditemui mati secara misteri. Sejak ekspedisi itu berakhir, dia selalu mengeluh badannya terasa letih dan pada hari itu dia jatuh sakit sehingga tidak sedarkan diri, kemudian mati sebelum sempat doktor mengesan penyakitnya.

George Gould, seorang ahli kaji purba yang juga mengunjungi makam Tutakhamun di dapati mati setelah mengeluh demam panas. Kematian berikutnya menyerang ahli radiologi Archibald Reid yang pada waktu itu mengambil gambar x-ray ke atas badan Tutakhamun. Dia juga mati kerana serangan demam yang sangat pelik.

Nak dikatakan sumpahan itu dongeng, mengapa pulak orang-orang yang mengganggu makam Firaun itu mengalami kematian yang misteri, seorang demi seorang?

Kemudiannya setiausaha peribadi Carnarvon semasa ekspedisi itu, iaitu Richard Bethell pula mati di tempat tidurnya. Kematian misteri yang terakhir ialah Joel Wool, salah seorang ahli perniagaan Inggeris yang kaya. Dia adalah orang yang pertama sekali dijemputoleh Carnarvon untuk melihat makam Tutakhamun. Dia juga mati kerana demam panas yang sangat aneh.

Dalam waktu enam tahun sejak penggalian makam Tutakhamun itu, 12 di antara mereka yang hadir meninggal secara misteri. Dan dalam waktu setahun kemudian, hanya 6 orang saja dari kumpulan ekspedisi Carnarvon itu yang masih hidup.

Sementara itu, pada tahun-tahun berikutnya, sumpahan Firaun masih terus meminta korban. Awal tahun 1966, Pengarah Peninggalan Mesir Purba, Muhammad Ibrahim pula mati dalam keadaan yang mengerikan. Tubuhnya hancur akibat dilanggar kereta yang terlalu laju.

Sebahagian besar orang percaya bahawa kematian Mohammad itu ada kaitannya dengan sumpahan berdarah Tutakhamun. Sebelum kematiannya, dia telah diarah oleh Kerajaan Mesir mengadakan pameran benda-benda bersejarah Firaun di Mesir. Mohammad Ibrahim menyatakan keberatannya untuk mengadakan pameran itu kerana dia telah mendapat mimpi ganjil dan merasa yakin dia akan mendapat bahaya jika dia membawa peninggalan Firaun itu keluar dari Mesir. Dan memang nyata, dia mati dalam keadaan yang ngeri sekali. Kematian Ibrahim yang dipercayai mempunyai kaitan dengan sumpahan Tutakhamun itu

3 tahun kemudian sebuah stesyen television swasta di Inggeris mengadakan wawancara khas dengan Richard Adamson, salah seorang anggota ekspedisi Carnarvon yang masih hidup dan maksud wawancara itu ielah untuk menidakkan tentang adanya sumpahan Tutakhamun itu.

Dalam wawancara itu Adamson yang ketika ekspedisi Carnarvon itu dia menjadi ketua keamanan berkata dengan tegas: "Saya sedikitpun tidak pernah percaya akan adanya sumpahan itu."

Apa yang terjadi kemudiannya?
Ketika Adamson meninggalkan studio, teksi yang dinaikinya mengalami kemalangan. Dia tercampak ke tengah jalan dan kepalanya nyaris hancur digelek trak Walaupun nyawanya terselamat, tapi dalam masa 24 jam kematian yang tragis menimpa isterinya. Kemudian anak Adamson pula patah tulang punggung dalam satu nahas kapal terbang.

"Saya memang tidak percaya semua peristiwa yang menimpa keluarga saya itu ada kaitan dengan sumpahan Tutakhamun tetapi entahlah!" kata Adamson ketika ditemui di hospital menanti anaknya.

Benda pusaka itu masih lagi haus dengan darah. Pada tahun 1972, Tutakhamun kembali meminta korban dan ketakutan tentang sumpahan Tutakhamun mula diperkatakan orang.

Pertama sekali, Dr. Gamel Mehres, yang menjadi pengganti kepada Mohamad Ibrahim, sebagai Pengarah Peninggalan Mesir Purba telah mati. Petang itu, setelah selesai mengambil barang-barang purba yang dibawanya dari Mesir itu untuk satu pertunjukan. Dia balik ke bilik hotel. 3 jam kemudian lelaki yang berusia 52 tahun itu ditemui mati dalam biliknya dengan sebab yang tidak diketahui. Sebelum kematiannya dia sempat membuat komen tentang Sumpahan Tutakhamun. Inilah komennya/'Saya adalah orang yang paling kerap berkecimpung dengan makam dan mumi dari keluarga Firaun. Tetapi saya masih hidup. Saya adalah bukti mengatakan Sumpahan Tutakhamun itu hanya kebetulan saja."

Walapun Dr Gamel mati, pameran topeng emas Tutakhamun di Muzium British, London terus diadakan. Tidak lama kemudian 5 orang anak kapal terbang Tentera Udara yang mengangkut patung Tutakahmun itu ke London telah mati dan ada yang mengalami bencana buruk.

Leftenan Rick Laurie, juruterbang yang mengangkut peninggalan Firaun itu dan seorang jurutera Ken Parkinson telah mengadu mengalami sakit jantung sejak menganguk benda-benda sejarah itu. Padahal sebelum itu mereka tidak ada sebarang penyakit pun.

Bencana berikutnya, menimpa Ian Lansdowne, dia merupakan seorang anggota pengangkut barang purba Firaun itu. Sebelah kakinya telah patah dan terpaksa dipotong kerana terjatuh dari tangga. Setelah peristiwa itu, barulah dia mengaku secara jujur bahawa ketika dia mengangkat peti yang berisi topeng emas Firaun itu dia telah menendang peti itu beberapa kali..

-wujud

bagaimana anda punya respon? jawapan ada pada kotak fikiran anda.

Categories:

Leave a Reply