ini cacatan pendek, bersabarlah. itulah ungkapan paling istimewa dalam hidup saya ketika internet buat hal dirumah ini.
Sekarang saya menggunakan perkhidmatan internet wi-tribe di Jordan dan wi-tribe ini selalu bermasalah seperti talian asyik putus, tidak dapat buka sesetengah laman web, tidak dapat buka blog dan walalupun kelajuan 1.5mbps atau 3.0mbps, ia tetap bermasalah. fungsinya seperti broadband, boleh dipasang di mana-mana sahaja cuma ianya besar dan mempunya roater.
Memang hampeh, mahal pula tu. Dulu berminat nak pasang ini semua sebab ia mudah dibeli berbanding perkhidmatan internet rumah Orange yang memakan masa 3 hingga 4 minggu untuk instalation dirumah, wi-tribe pula seperti membeli gula-gula dikedai dan hanya bagi duit dan passport maka selesai dan boleh guna.
Hai, untuk pindah rumah baru kami dah bersetuju 1 rumah untuk menggunakan perkhidmatan orange pula, dan siang tadi baru siap daftar dengan kelajuan 8mbps pada paras harga promosi 400 dinar untuk setahun ataupun jika nak bayar bulanan, kosnya 60 dinar sebulan, jadi jimat untuk pembayaran setahun lagipula tiada had limit untuk download dari jam 12 malam hingga 12 pagi esoknya.
8mbps - download no limited.. 400 dinar = Rm2000 setahun ; Rm167 sebulan. Pergh puas hati.
tapi aku akan merasai penderitaan kelembatan internet bila aku balik ke Malaysia nanti lebih2 lagi kampung aku tuuu. 10 KBps pun belum tentu ada. huk2
Categories:
Cacatan Pendek