Alhamdulillah, sama-sama kita memanjatkan kesyuran kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia inayah dan rahmat-Nya dapat sama-sama kita melalui satu lagi gerbang istimewa, tetamu VVIP akan muncul. will Comming Soon, Ramadhan Al-Mubarak.

Kini, kita di gerbang awal Sya'ban. 26 hari lagi kita akan bersama tetamu yang bakal memberi 10 hari masa untuk Pengampunan, 10 hari masa untuk Kerahmatan dan 10 hari masa untuk Pelepasan Dari Api Neraka. Dari 3 peringkat 10 10 10 maka genaplah 30 hari Ramadhan akan berdampingan dengan kita yang mengharapkan laungan tadarrus al-Qura'an dari hening Fajar Pagi hingga ke Ufuq Syafaq terbenam di kaki bukit sana hatta hingga bintang berkelipan pada malamnya dengan imarah pada tikar sejadah sujud pada Sang Pencipta, pada pembahagian 3 peringkat 10 10 10 itu, maka bagi mazhab Syafie, 10 yang terakhir itu ada 1 yang teristimewa baginya iaitu Malam Barakah, penuh barakah, penuh istimewa yang ternamakan ia sebagai Malam Lailatul Qadar.

Jiwa saya rasa tidak sabar untuk menunggu tetamu istimewa pada tahun ini kerana rasa macam tidak percaya dan mimpi kerana masih lagi berjumpa dengan beliau pada tahun ini, jika tahun ini sempat beramah mesra dengan-Nya, belum tentu tahun depan dapat jadi ayuh yok sama-sama kita bermesra dengan tetamu kita ini dan menyambutnya dengan penuh hati yang suci, dada yang lapang dan fikiran yang terbuka, bukanlah dengan letupan mercun yang menggegarkan langit melawan gempita petir malam, bukanlah dengan lilitan cahaya pelita mengelilingi rumah persis ajaran Yahudi itu dan bukan juga dengan membantu nafsu menyediakan makanan yang banyak lalu membazir pada malam tetamu kita ini.

Semoga tahun ini, mampu kita mengkhatamkan sejuzuk al-Qur'an sehari, sifirnya mudah sahaja, selesai sahaja solat lima waktu, baca 2 helai bersamaan 4 muka surat ayat suci al-Qur'an. Subuh 2 helai, Zohor 2 Helai, Asar 2 Helai, Maghrib 2 Helai, Isya' 2 Helai maka sehari habislah sejuzuk dan sebulan khatamlah sebuah al-Qura'an. Bukan susah, inilah yang saya amalkan dan disuruh amalkan oleh ibu bapa saya dan ia bukan sesuatu yang mustahil bila perempuan Allah Bagi Cuti (ABC), manfaatkan untuk Qada' 1 Minggu yang anda tinggalkan itu dengan malam-malam yang lain, semasa tahajjud, buatlah tadarrus extra sikit.. Susahkah kita untuk baca Surat Cinta Allah ini? Berat sangatkah mata untuk melihat dan mulut untuk melafazkannya?

Ayuh, terajui perubahan pada bulan yang mulia akan datang.

Categories:

Leave a Reply