Haa ini bilangan pos yang amat unik, iaitu post yang ke 123, bukan susu Dutch Lady 123 tau...
Disebabkan yang unik ni, saya nak bawa anda semua pembaca untuk melayari dunia KFC then baru sama-sama kita pi makan KFC buat mereka yang bertuah dan buat mereka yang sanggup buat muka tak malu call saya di talian +962776380696 bagi yang di Jordan, so sesiapa yang ada kat Malaysia sekarang ni, tunggu saya baik pada bulan lapan nanti.


Ok, nak cakap tentang keistimewaan KFC ni..
KFC ni stand for Kentucky Fried Chicken yang memang jelas namanya Ayam Goreng Berperisa. Sedap tau ayamnya, seperti Dale3 Karsyak di Irbid, Jordan. Rasa rangupnya ala kerepok ikan, sekali gigit pergh rasa macam lupa dunia akhirat, seperti mat gian yang sedang layan doktor, baunya yang menusuk kalbu, (meleleh air liur saya masa tulis ni), pekena pula yang Spicy punya, rasa ala hotnya yang persis lada hidup, dicicah pula dengan ketchup tomato mahupun cili, makan pula bersama kentang putar dan kentang fries yang panjang-panjang dan rangup itu. Resepinya sama sahaja 1 Dunia, resepi asalnya datang dari Amerika, siapa nama tauke asal saya tak pasti yang saya tahu namanya bukan Chicken...


Harga
Boleh tahan harganya, restoren kelas atasan, jika di Malaysia, ia diiktiraf sebagai Restoran Gred A, makanannya adalah untuk orang yang berkemampuan sahaja, nak bandingkan dengan Dale3 Karsyak separuh ekor ayam ; 1 dada 1 kepak, 1 paha, 1 punggung, 1 salad, 1 roti adi, dan fries adalah 2.50 Dinar bersamaan lebih kurang Rm10.50. KFC macam mana? Biasanya ada pakej Kombo jika di Malaysia, satu pakej tu seketul ayam, satu bun (roti), satu salad, kentang putar atau fries adalah Rm5.90, jika pakej Kombo Family Rm 50 untuk 2 ekor ayam 12 - 15 ketul ayam. Macam2 kombolah ada.. yang pasti bukan macam Pasar Malam hanya Rm1 seketul, nak fries kena tambah 50sen, nak air, beli satu bekas Rm1.


Halal?
Ya Allah, semestinya halal.. Kerajaan Malaysia mengawasi JAKIM supaya memastikan semua jenis restoren 5 bintang mendapat sijil halal serta logonya sekali yang warna hijau tu, nak dapatkan pengesahan halal ni kena lalui beberapa ujian yang amat ketat beb, pasal kena jaga kebersihan, cara sembelihan ayam, resepi dan ramuanya semua dititikberatkan..

So? Sebab itulah saya ajak pembaca yang bertuah pada post 123 ini untuk makan KFC, jangan segan jangan silu, hubungi saja saya..


Tapi...

Saya nak anda lihat 2 video ini, mungkin ia akan menambahkan selera kita untuk keluar makan bersama nanti, jangan risau, saya sponser setakat 2 3 orang, 7 8 dinar saya boleh korbankan untuk pembaca blog saya, usah risau. Tutup muzik kat bawah sekali tu untuk tatapan yang lebih menarik pada video ini.


ok yang ni,



dan yang ni..







Jadi? Jom3.

Categories: ,

2 Responses so far.

  1. Tanpa Nama says:

    Guane ade cocacola?

  2. Adinda says:

    ejah so sebelum kelik mesia tuh..kalu tokleh kfc,dale' takpo doss..

Leave a Reply