Saya tersepak post ini dari rakan blogger lalu terdetik nak copy paste disini buat tatapan semua,
Bila Jerat Bingkas Terlalu Awal
oleh sdr Yajuk
Bila jerat bingkas bukan pada waktunya dan tanpa alasan yang teguh dan tepat;pasti kita tertanya-tanya kenapa ini berlaku dan yang paling sukar tapi paling menarik untuk kita menyelongkar ialah kenapa sengaja mengada-mengada benda yang tiada.
Kerajaan sepatutnya sedar;dunia sekarang sudah berada di zaman baru;dunia yang terbuka luas;jangan coba-coba lagi menyembunyi bangkai gajah di balik lidi sebatang.Orang akan lebih suka memakan dan menelan apa yang mereka temui tersorok di balik pintu tandas dari apa yang terhidang dan terhias riben merah di atas meja makan.
Apa salahnya Pak Samad dan Unggun Bersihnya hingga dipanggil memberi keterangan dan apa salahnya pemuda-pemuda memakai baju kuning dan bertulis perkataan bersih hingga mereka ditangkap.Aku tak dapat bayangkan alasan yang munasabah kenapa kerajaan bertindak sedemikian;melainkan hanya satu;ketakutan yang melampau kerana dirasuk hantu Bersih.
Agaknya memang benarlah kerajaan yang ada sekarang adalah kerajaan yang tak bersih;menyalahguna kuasa dan korupsi.Teringat aku kepada cerita di Zaman Namruk yang sedang ketakutan akan datang seorang lelaki yang akan meruntuh dan memusnahkan pemerintahan Namruk yang memuja dan menyembah berhala;maka diperintahnyalah agar semua kanak-kanak lelaki yang lahir ke dunia supaya dibunuh.Kenapa Namruk bertindak sedemikian,tak lain dan tak bukan melainkan adalah kerana ketakutannya yang melampau akan ramalan ahlil nujum.
Kerajaan mahu rakyat berubah,sedang mereka tidah pernah terfikir untuk merubah diri menjadi yang lebih baik.Apa salahnya Unggun Bersih;jika kerajaan masih boleh berfikir dengan waras dan apa salahnya pemuda-pemuda yang memakai baju bersih jika kerajaan masih menghormati hak dan kebebasan rakyat bertindak dan meluahkan kehendak mereka.
Untuk menamatkan tulisan ini,aku taknak susah-susah lagi;aku turunkan saja pesan Nabil”kamu fikirlah sendiri”.
Kalepena : Sukakan ayat '';jangan coba-coba lagi menyembunyi bangkai gajah di balik lidi sebatang.''
Categories:
Cacatan Pendek,
Politik