Assalamualaikum,

Insya-Allah entri musim ini admin akan menyiarkan Himpunan Hadis 40 Imam Nawawi.
Moga kita beramal dengannya.

Salam hormat dari saya 
=)

" Dari Amirul Mukminin Umar Al-Khattab r.a katanya : " Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : - ' Hanyasanya amalan-amalan itu adalah ( bergantung ) kepada niat, dan hanyasanya bagi setiap manusia itu apa ( balasan ) yang diniatkannya. Maka barangsiapa yang berhijrah kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya itu adalah kepada Allah dan RasulNya. Dan barangsiapa yang berhijrah kerana dunia yang ingin ia memperolehinya atau kerana seorang perempuan yang ingin ia menikahinya, maka hijrahnya itu adalah atas apa yang ia berhijrah kerananya.'

Secara ringkasnya hadis ni memperingatkan kita semua tentang pentingnya niat dalam setiap pekerjaan kita, tak silap saya, hadis ini keluar bila salah seorang sahabat rasulullah saw yang berhijrah dari Mekah ke madinah atas sebab (atas niat) mengikuti seorang wanita yang dia cintai, bukannya berhijrah kerana takwa pada Allah dan rasul-Nya. Allah maha mengetahui segala isi hati hamba-Nya. Apa yang terdetik dihati akan Allah ketahui walaupun kita boleh berpura pura.

Berharap kita dapat mempelajari sesuatu dari hadis ini, niat itu amat penting, kalau kita berniat nak buat baik, Allah dah bagi kita pahala walaupun kita belum melaksanakannya.

Allah maha penyayang, walaupun kita berniat jahat tapi kita tidak melakukannya, tiada dosa. Malah pahala kerana berjaya mengawal dan mengekang nafsu kita, Allah Maha Besar, Maha Suci Allah.

Sedikit pengenalan:

Hadis empat puluh adalah koleksi hadis-hadis yang disusun oleh Imam Nawawi di dalam kitab karangannya yang bernama Matan Arba'in. Terdapat sebanyak empat puluh dua buah hadis sabda junjungan Nabi Muhammad SAW yang membicarakan mengenai akidah dan tauhid di dalam Islam.

Insya-Allah mari kita sama sama membincangkan tentang hadis hadis ini, semoga kita lebih faham dan dapat melaksanakannya dalam hidup kita, insya-Allah.

Categories:

Leave a Reply