سورة الماعون  سبعة الآية          
 المكية نزل بعد سورة التكاثر

(1) ارءيت الذي يكذب بالدين
(2) فذالك الذي يدع اليتيم
(3) ولا يحض على طعام المسكين
(4) فويل للمصلين
(5) الذين هم عن صلاتهم ساهون
(6) الذين هم يرآعون
(7) ويمنعون الماعون

(1) ارءيت الذي يكذب بالدين


Tahukah kamu orang yang mendustakan agama?
Adakah anda fikir bahawa ada orang yang mendustakan atau menipu agama? Adakah anda suka melihat orang yang mendustakan agama? Sememangnya Allah S.W.T telah jelas memberikan dalil-dalil tengtang orang yang mendustakan agama ini. Apakah yang dimaksudkan dengan mendustakan agama? Ikuti ayat yang kedua :

(2) فذالك الذي يدع اليتيم

Maka mereka itulah yang menganayai anak yatim.
Dijelaskan dalam ayat ini bahawa orang yang menganayai anak yatim adalah salah satu contoh antara orang yang mendustakan agama yang dimaksudkan Allah S.W.T dalam ayat pertama sebentar tadi. Jika anak yatim meminta daripadanya keperluan yang doperlukan maka ia bersikap sombong dan takabbur walhal peribadi luarannya seperti orang alim yang menutup aurat dan sebagainya. Inilah antara orang yang mendustakan agama.

(3) ولا يحض على طعام المسكين

Dan tidak memberi makan kepada orang miskin.
Dijelaskan lagi dalam ayat ini bahawa orang yang mendustakan agama mereka sendiri adalah mereka yang tidak memberi makan kepada orang miskin. Ulama’ mentafsirkan ayat ini dengan menyatakan bahawa mereka ini tidak memberi makan kepada orang miskin dan anak-anak yatim serta  tidak pernah menyuruh orang lain utuk melakukannya bahkan melarang dan mengeji orang yang melakukannya.  Jelaslah bahawa inilah orang yang mendustakan agama mereka sendiri iaitu agama islam.

Sebenarnya ayat tersebut mengandungi satu perintah suruhan bahawa kalau benar kita tidak mampu untuk berbuat kebaikan kepada anak yatim dan memberi makan kepada mereka dan orang miskin adalah sewajibnya kita menyuruh orang lain untuk melakukannya.

Kesimpulan awal dari ayat 1 – 3 ini adalah, orang yang menkdustakan agama Allah itu ialah mereka  yang memandang rendah serta hina kepada anak yatim dan orang miskin  serta tidak memuliakannya dan orang yang bersikap sombong tehadap golongan ini. Sikap sebegini merupakan tergolong dalam golongan orang yang bakhil iaitu orang kedekut untuk menyumbangkan secebis dari hartanya untuk diberikan kepada yang memerlukannya bahkan tidak menyuruh orang lain melakukannya.






Dalam surah ini juga, menjelaskan ayat ke empat dan kelima :

(4) فويل للمصلين
(5) الذين هم عن صلاتهم ساهون
Maka celakalah bagi orang yang solat.
Iaitu orang yang lalai dari solatnya.
 Golongan yang mendustakan agama ini juga solat seperti orang lain tetapi solat mereka adalah lalai. Maka ia tergolong dalam golongan yang celaka.

Jelaslah dalam surah ini bahawa orang yang menghina anak yatim, tidak memberi makan kepada fakir miskin, orang yang bakhil dan orang yang tidak menyuruh orang lain melakukan amal kebaikan terhadap anak yatim dan orang miskin inilah  antara golongan yang mendustakan agama mereka sendiri walaupun mereka bersolat. Mereka bersolat, tetapi mereka melakukan perkara-perkara tersebut menyebabkan solat-solat mereka ini tidak membawa sebarang penghayatan terhadap diri mereka. Bayangkan seoran pencuri yang mencuri pada waktu malam tetapi pada berkumandang azan subuh, pencuri tersebut adalah antara orang yang berjemaah di Masjid. Jadi, apakah status solat si pencuri tersebut? Inilah antara orang yang mendustakan agama mereka sendiri.

Jika benar mereka percaya pada agama, sudah tentu mereka tidak riyak dan sentiasa tawadduk namun solat-solat mereka ini tidak meninggalkan sebarang kesan keimanan pun terhadap jiwa dalam diri mereka. Orang-orang seperti solat seperti semua orang namun tidak dapat menghayati apa yang terkeluar dari bibir-bibir mereka malah mereka sujud tanpa sebarang penghayatan dan mereka rukuk bersama-sama orang yang rukuk namun hatinya tetap kosong malah cuba bayangkan mereka takbir tanpa mengetahui apa maknanya.

Kenapa mereka solat? Sedangkan hak-hak agama yang harus ditunaikan seperti mengasihani anak yatim serta memberi makan kepada orang miskin mereka belum tunaikan? Jelaslah dalam ayat keenam surah al-maa’un ini :

(6) الذين هم يرآعون
Iaitu mereka yang riyak
Mereka melakukan perbuatan-perbuatan amal seperti solat dan sebagainya ini adalah semata-mata kerana riyak iaitu ingin mendapatkan pujian semata-mata. Riyak adalah mengharapkan keduniaan semata-mata dan bagi menjaga status dirinya dengan melakukan amal-amal kebaikan untuk mendapat pujian. Antara contoh-contoh riyak  adalah :
1-      Melakukan amal soleh dan berakhlak mulia semata-mata mahu mendapat pujian dari masyarakat.
2-      Memakai pakaian yang zuhud padahal dirinya bukan orang yang zuhud dalam hatinya.
3-      Berpura-pura benci kepada kedunian padahal ia menyesal jika terlepas melakukan perkara yang menguntungkan.
4-      Melakukan amal solat dan sedekah jika dilihat orang.
Sememangnya sukar untuk menjauhi perbuatan riyak ini namun hakikatnya ia tidak akan menjadi riyak sekiranya berniat ikhlas.

Seterusnya ayat terakhir,

(7) ويمنعون الماعون

Dan enggan memberi pertolongan
Mereka bersikap zalim terhadap orang miskin dan anak yatim serta orang yang memerlukan bantuan dengan cara enggan memberikan pertolongan inilah merupakan orang yang mendustakan agama islam yang suci.

Hukum Allah ada satu sahaja. Tidak mengenal perbezaan. Ciri-ciri orang yang benar-benar percaya kepada agama adalah mereka yang bersifat adil, belas kasihan, dan suka membuat kebakjikan serta membantu dan memberi pertolongan kepada orang yang memerlukannya barulah kita menjadi orang yang tidak mendustakan agama.

Seharusnya kita sebagai orang muslim yang sejati merasakan diri kita beriman dengan sebenar-benar  iman seharusnya kita mengahayati isi kandungan serta pentafsiran surah ini sebagaimana yang telah saya huraikan sebentar tadi.

Kesimpulannya, seharusnya kita mendirikan solat dengan khusyuk dan tawaduk, berpuasa seikhlas mungkin, menuaikan zakat seadanya dan melakukan bermacam ibadat terhadap Allah S.W.T dengan perasaan rendah diri dan selalu berharapkan agar tidak tergolong dalam golongan yang mendustakan agama Allah ini.

Sumber : KITAB TAFSIR AL-MAGHARI –JUZUK 30
 OLEH : SYEIKH AHMAD MUSTAPHA MAGHARI

Categories:

Leave a Reply