PANDU kereta bukan satu permainan, ia adalah taruhan nyawa penumpang. Bak syarahan pemilik MPV kepada saya sebelum memberikan saya MPV miliknya untuk disewakan kepada saya, "Pandulah dengan cermat, kamu membawa nyawa, jangan pula sebelum sampai untuk ziarah Maqam 3 Sahabat, tiba-tiba kamu pula pecah rekod jadi makam MPV bersahabat".

5 hari lepas, bermulah pengembaraan saya membawa YB. Adun Batu Rakit Ustaz Khazan Che Mat merangkap jua Exco Negeri Terengganu bersama isteri dan sepasang suami isteri sahabatnya yang baru pulang dari mengerjakan Umrah lalu singgah selama 4 hari di Jordan, beliau merupakan bekas pelajar Jordan's University tahun 1990-1993, dengan 3 tahun, beliau sudah khirij dalam kos Bahasa Arab & Peradaban.

Saya membawanya bersiar-siar di Jordan selama 4 hari, memandu MPV/ VAN jenis Hyundai H-1 milik sahabat bukan baik saya Ahmad Sulaiman Abdul Rahman Abu Ayad. Perjalan keseluruhan yang saya rekodkan melalui perekod automatik yang disediakan di paparan meter kenderaan tersebut adalah sejauh 1980 Km sahaja. Tidak jauh kerana menurut perintah untuk dibawa ke Mu'tah sahaja yang paling jauh. Yang lain adalah berpusing-pusing di Amman, Laut Mati, Ashabul Kahfi dan banyak meluangkan masa bertemu pelajar dan sahabat lama beliau Ustaz Redzuan Abu Amjad yang kini  sedang menghabiskan sisa pengajian PhD di Universiti Yarmouk.

Tiada apa yang istimewa, macam menjadi pemandu biasa, saya memandu. Selama 4 hari, memandu keseorangan.
Bersama Dr. Abdullah Musa (Presiden Yarmouk) dan Dr. Abdullah Nasir (Presiden WISE) di Majlis Un Formal Ustaz Khazan dan kerabatnya. Kenangan Terindah

Hari keempat, setelah menghantar beliau ke Air Port, malamnya itu saya berseorangan memandu, seram tu seram jugalah, namun apa daya. Tibanya saya di City Mall yang semestinya saya lalu untuk pulang ke Irbid, rasa hati ingin singgah pekena McD di tingkat atas, namun belum sempat mencari parking, satu panggilan menjelma.

"Hello, Ustaz Kriey Alias ke ni?"
Saya : "Mak oii, dia panggil aku ustaz" mesti budak skema dan bukan orang yang dikenali kerana orang yang kenal saya, tidak akan meletakkan gelaran begitu.

Panggilan tersebut dari seorang pelajar perubatan JUST, tahun berapa tidaklah dikenal pasti. Meminta agar diadakan satu trip perjalanan ke Wadi Rum ESOK. Wah, teruja sekejap. Saya sebenarnya letih, tapi mendengar perkataan Wadi Rum itu, saya rasa seperti sanggup sahaja pergi sebab tak pernah pergi walaupun saya tahu jalannya, lagipula ia jauh terletak nun di Aqabah sana. Hanya 30 km dari Aqabah. Aish ni mesti kena pergi. Dalam maklumat perjalanan tersebut, mereka sudahpun menyewa sebuah kereta untuk kesana, jadi tidaklah perlu saya bersusah payah mencari kereta secara last minit.

Jam 11.30 malam saya tiba dirumah setelah selesai menghantar MPV kepada Ahmad. Esoknya jam 3 pagi waktu yang dijanjikan di simsimah, saya turuti 2.50 pagi dengan 10 minit lebih awal. Tiada apa-apa masalah.

Jam 4 pagi lebih mungkin sedikit dan kurang darinya mungkin sedikit, kami memulakan perjalan. Mereka semua empat orang, dan saya orang kelima.

Kereta Chevrolet, Model  macam model kereta proton saga baharu, kelajuan 1.3 cc, yang dasyatnya adalah Gear Auto! Hahaha saya rasa macam memandu kereta mainan. Tekan je minyak, terus kereta berjalann.

MPV sebelum ini adalah menggunakan Gear Manual, kelajuan 1.8 cc. Bayangkan 4 hari menggunakan manual, hari kelima menggunakan auto. Kaki kiri asyik mahu tekan pedal clash je.  Lagipula kereta ni jenis yang ringan sangat berbanding MPV tersebut. Macam kancil, myvi, viva dan kelisa sahaja.  Jadi, macam tak mencabar sangat memandu kerana mudah mencelah dan mengelak. Ini membuatkan saya mengantuk masa memandu! Tiada senaman kaki.  Tekan je pedal minyak, ia sampai mencecah 150 Km / sejam.

6 Jam sampailah jua ke Wadi Rum, tak lebih dari 5 jam di Wadi Rum, terus pualng ke Irbid. Jam 9.30 malam sampai jua di Irbid. Perjalanan dengan istirehat selama 5 jam di Wadi Rum tidaklah memenatkan kerana sempat tidur lebih dari 2 jam didalam jeep. Keh2. Perjalanan sejauh 808.4 km.

Gear Auto dan Kereta Mainan adalah trade mark saya dan rakan-rakan dalam menjadi Travel Agent Jaulah di Jordan ini. Wadi Rum? Saya tak pernah pergi? Ya seorang saja dari rakan-rakan saya tak pernah ada trip kesana sebelum ini. Huhuhu.  

  

Categories:

2 Responses so far.

  1. Tanpa Nama says:

    assalamualaikum..adik nak tanya kl akak ke jordan adik leh tolong bw jejalan ke?

  2. akak, email kepada saya
    krieyalias@yahoo.com

    atau whatsapp +962776380696

    syukran :)

Leave a Reply