Kematian, tidak mengenal usia mahupun darjat. Kematian hampir dengan kita, memerhatikan kita setiap masa. Tanpa pun kematian itu memberi peluang untuk kita sedia atau membuka ruang untuk kita menyelesaikan semua masalah dunia hatta mahu menghabiskan sisa usia dengan pekerjaan kita ataupun dengan pembelajaran kita. 

"Mati syahid pada perjuangan fisabilillah, bumi Irbid, Jordan, sekitar jam 3.30 petang hari ini 03 Disember 2011"

Saudaraku, Ilham Eilani, walaupun tidak rapat tetapi semua tahu bahawa beliau merupakan seorang yang baik  , hati dan mudah mesra, berasal dari sabah, hanya kenal dari wajah dan teman satu facebook, kali terakhir berjumpa dengannya adalah di Abel Syimal.. Seperti umum, apabila melayu bertemu melayu, satu senyuman dilemparkan.. dan itulah senyuman terkahir dia buatku.

Pelajar tahun 3, dentist Jordan University of Science & Technology, JUST. 

26 November, 7 hari sebelum, hidungnya asyik berdarah. membuat research di internet dan menjumpaisesuatu yang aneh bertetapan dengan sindrom yang di alami. 

Leukemia adalah sejenis penyakit yang famous dilakonkan oleh filem melayu, kali ini terhinggap pada diri sahabat ini.  Dalam percaya atau tidak, saranan berjumpa dengan doktor di ambil pakai. 

28 November, berserah dan bertawakkal, dengan keputusan ujian, dia redha. Ditahan dan diberikan rawatan yang sempurna di King Abdullah Hospital (KAUH) dan diratapi para sahabat dengan iktiar yang tinggi. Membantu dengan segala usaha dan berdoa dengan segala tawakkal.

Ibubapanya dihubungi, disegerakan hadir, terbang dari seberang sana, dengan harapan dapat menemani permata yang tercinta sehingga sembuh.

Lewat petang hari kedua pada bulan Disember 2011, mendaratlah mereka disisi anakanda tercinta. Berborak, berjenaka, dan memanfaatkan masa setelah sekian lama tidak berjumpa dengan ibu dan bapa tercinta. Seperti berada di Malaysia, seperti rutin harian biasa dan seperti sudah berada dirumah dengan bertemu ahli keluarga, Ilham sangatlah gembira.

Pagi, lebih kurang 10 pagi. 03 Disember 2011, satu artikel dikeluarkan oleh persatuan disini

"زميلنا الهام العاني -سنة ثالثة، ماليزي الجنسية- يتلقى العلاج في مستشفى الملك عبدالله وبحاجة الى نقل صفائح دموية.
بنك الدم لا يستقبل التبرعات اللا من الاردنيين، فمن يملك دم من فصيلة
O+ ويرغب بالتبرع له الرجاء التواصل مع:
أحمد هداية 0779667895

نتمنى له الشفاء العاجل
ولكم جزيل الشكر "

atau dengan terjemahan dalam bahasa inggeris, 

'' Our colleague, Illham Ellani, 3rd year medical student, Malaysian citizen, currently is receiving a treatment in King Abdullah University Hospital, and requires a platelet transfusion.
The blood bank doesn't allow donation except from Jordanians.
Therefore, anybody who has O+ blood group, please contact me, Ahmad Hidayat, at 0779667895''

atau juga dengan terjemahan bahasa melayu yang lebih mudah difahami berserta dengan penerangannya, 

''Bank darah KAUH kekurangan bekalan 'platelet' utk blood group O+..
sesiapa yg mempunyai blood group O+ , diminta ke KAUH (King Abdullah Uni Hosp ) utk menderma platelet..
Saudara kita, Illham Ellani memerlukan yang mencukupi utk penyakit Leukimia yg dialaminya.

p/s : darah O+ dari jenis arab jordan sahaja yg boleh..
darah O+ dari jenis bangsa2 lain tidak boleh..''

bila ditanya, kenapa hanya Jordanian sahaja? Ada tiga jawapan yang diterima dari saudara arab, satu darinya adalah kerana undang-undang, kedua darinya adalah alat untuk mengesan darah O+ untuk bangsa asing tiada di KAUH dan ketiga darinya adalah tiada polisi insuran yang disediakan untuk ajnabi / non Jordanian yang mendermakan darah. Mungkin ketiga-tiganya tidak masuk akal, tapi ini adalah kerahan takdir.

Setelah berkecimpunan mencari dana, jam 03.30 petang samada lebih darinya seminit atau kurang darinya seminit hanya Allah yang tahu, adalah saat terakhir usaha mencari penderma darah O+. 

Irbid pun mendung, Allah lebih menyayangi, hilangnya sebuah permata pejuang fisabilillah. Malam 03 Disember, 09 Muharram. Pemergian selepas Asar. Masih jernih ia adalah 9 Muharram. Syahid pada hari yang mulia. Diuruskan pulang jenazahnya ke Malaysia.
Semoga diletakkan dan dibersamakan bersama-sama orang yang beriman, bertaqwa oleh Allah.

Semua masih gah di ingatan, berborak di status FB yang pertamanya ( 3 post yang terakhir), dengan gurauan surat wasiat dan banyak lagi, kerana masa itu belum terima apa-apa keputusan ujian, tapi akhirnya ia nyata.

Sama-sama sedeqahkan Al-Fatihah.. Nota buat diri sendiri, agar lebih berjaga-jaga. Bersedialah.


Ajal tidak menanti, cuma mengekori.
Tidak kita pergi ke arahnya, cuma ia sentiasa datang kepada kita.
Bersedialah


4 Responses so far.

  1. MasyAllah... moga roh sahabat tersebut di cucuri rahmat.. Sunggah bila membaca nota ini hati sangat2 tersentuh,,, meskipun tak mengenali.. tapi terfikir kalau2 terjadi pada diri.. Nuzubillah.. moga terhindar dr semua itu......

  2. innalillahiwainnailaihirojiun..semoga arwah ditempatkan di tempat yang mulia di sisi Allah..alfatihah

  3. damang92 says:

    Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang² yang beriman dan mendapat tempat di dalam syurga. Terima kasih kerana berkongsi kisah ini, memngingatkan diri ini tentang ajal dan maut. Jazakkallah. Barakallahufiikum.

  4. Tanpa Nama says:

    innalillahiwainnailaihirojiun... semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang2 yang beriman. InsyaAllah syurga untuk arwah elan. we miss him... tp Allah lebih sayangkan arwah.Semoga dihalalkan makan minumnya, kalau yang pernah terasa hati dengannya maafkan la dia. Sama2 kita berdoa untuk arwah.-sal-

Leave a Reply