Dua hari lepas, saya membuka meja di Mandi Yamani, menjemput sekitar 20 Orang kawan-kawan Junior (Saya tak suka panggil adik Junior dan tak suka juga dipanggil ABANG SENIOR) Uiissh geli geliman. So, depa semua saya panggilkan kawan-kawan, berorentasi menggunakan istilah kawe demo, aku mung, dan kito awok demo.
Pekena sorang satu cawah teh adni yamani yang paling famous tu, rutob yang berlaukkan ayam dan daging serta telur cakcak, makan martabak haluu, sejenis murtabak madu yang dalamnya dicampurkan kishtah. Pergh terboyah kenyang.
Apa tujuan saya? Saya hanya membuka ruang perbincangan dengan mereka mengenai masalah-masalah mereka hadapi sepanjang berada di Jordan ini. Cara mengatasi dan menjelaskan kedudukan sebenar perlaksanaan program untuk KMKJ (Persatuan Kelantan).
Apa yang menyedihkan?
Bukan sedih, Cuma nak menzahirkan disini apabila ada dari kalangan manusia sesama kita masih lagi berfikiran kolot baluk. Didifinisikan perjumpaan saya dengan sahabat-sahabat junior adalah untuk meraih sokongan penamaan calon dan pengundian tahun hadapan. Pergh, cabai punya mulut, salah ke saya menggunakan medium belanja mereka makan-makan untuk turun padang? Habis tu, takkan nak bersemadi dalam hirom lagi sambil membiarkan mereka menghadapai masalah mereka sendiri? Apa guna saya terlantik menjadi biro ekonomi untuk kebajikan mereka? Atau… ada yang cemburu?
Manusia dan fikiran kolotnya, tidakkan senang dengan kesenangan orang, tidakkan bersyukur dengan nikmat sendiri, tidakkan bahagia dengan kebahagian masing-masing yang Allah kurniakan.
Biarlah.
Kisah kedua, ada lagi yang mengatalkan tangan menjadi SPAM manual, memberi nasihat konon melalaui mesej-mesej. Maaf ya, saya menulis blog bukan untuk dibaca ramai, dan sedar, tulisan saya tidak ramai yang membacanya, kalau nak tulisan saya dibaca ramai, rasanya sudah cukup untuk saya menulis buku dan di medium esastera. [klik sini] Tak perlulah kita heboh2kan blog kita, dan berbangga dengan pengikut yang ramai, ikhlaskanlah niat, jangan rasa diri syok sendiri, biarlah Allah yang membaca niat ikhlas kita ini, jadikanlah blog ini adalah satu diari muda yang canggih, tanpa memegang pen dan tanpa membuka buku, Cuma yang unik, ia boleh ditatap oleh orang ramai untuk sebagai salah satu medium dakwah dengan merendah diri. Orang baca blog saya dengan benda baik, dapat pahala. Orang tak baca, saya tak rugi. :D
Ayuh sama-sama hayati surah al-Ikhlas
Majalah eSastera edisi Khas HesCom sudah muncul, dapatkannya di di HesCom di Kedah nanti. ~Debaran
Categories:
Cacatan Pendek,
Cerita Saya,
Tazkirah Sikit
salam..
sudah lama tidak bersua dgn kriey, rindu pd shbt2 lama yg di kejauhan.. yie, biasa la2, mnusia an, mcm2 perangai yg kita jumpa.. nak2, smkin kita dkt dgn Allah semakin byk ujian yg diberikan.. tp semuanya tu kita boleh lwn, iaitu dgn adanya iman & akidah yg mantap, semuanya pasti bisa ditundukkan..
mulut2 longkang mnusia ni tok sah diambil peduli, tika kita jatuh pn ada yg ckp2 psl kita, hatta tika kita bgn pn ada jgk yg menitipkn kata2 dusta & nista..
kriey kna kuat, kita kna mujahadah.. ingat blk jnji2 Allah..
sekadar itu shj utk perkongsian, mohon maaf diats kesilapn..
assalamualaikum,
sabarlah Kriey Alias,ini sudah menjadi kebiasaan bagi individu yang sudah memegang jawatan dalam mana2 persatuan..
assalamualaikum
sabarlah Kriey Alias,ini sudah menjadi kebiasaan bagi individu yang sudah memegang jawatan dalam mana persatuan