Matang, bukan pada maksima nafsu, bukan menunggu nafsu melonjak baru dinamakan matang atau sehingga melihat gadis-gadis seksi, syahwat melonjak, baru mengatakan diri matang. Tidak, itu mengarut. Itu hanya matang pada kelambu malam sahaja.
Otak, matang kepada otak, matang kepada perbuatan, matang pada tubuh badan, (tubuh yang kecil tidak matang?) bukan, matang pada perjalanan hidup. Mencari pengalaman sendiri, itulah matang. Matang kepada bicara, bicara keanakan, itu bukan matang, menyindir, mengumpat, mengata, itu bukan lagi matang!.
Matang adalah orang yang mampu berfikir dengan sempurna, apa faedahnya dia melakukan demikian. Matang, dan kerana itu saya benci kepada orang yang tidak matang, tidak menjaga adab dan tidak menjaga mulut, dengar sahaja orang yang suka menyindir atau mengata, sah saya suka kata orang itu masih lagi tidak matang! Orang yang matang adalah orang yang mampu berfikir menjaga suasana, mejaga hati dan perasaan dan menjaga silaturrahim.
Orang yang matang adalah orang yang sabar, jika anda belum masih bersabar dalam sesuatu situasi, anda masih lagi belum matang, percayalah.
Categories: