Ya, tidak dinafikan bahawa setiap insan itu memunyai sifat masing-masing dan dengan sifat atau perangainya itu memberi kesan kepada natijah perbuatannya. Kalau dia itu penipu dan suka menipu orang, maka lihatlah nanti, orang lain tanpa segan silu akan menipunya juga, disaat itu, dia akan merasai betapa sakitnya hati bila ditipu.
Kalau si pembuli, dia akan merasa puas hati dengan sikap bulinya namun sampai bila dia akan puas hati jika ada orang lain yang membulinya. Jadi, janganlah anda panik, jika anda jahat hari ini, maka lihatlah, ada lagi orang yang lebih jahat dari anda. Sejauh mana kedegilan anda untuk berubah menjadi orang baik-baik? Maka lebih lagilah anda degil untuk menjadi orang yang sebaliknya.
Ya, ini kudrat, iradat, qada' dan qadar Allah yang tentukan, namun manusia tidak dapat diubah melainkan dirinya sendiri.
'aku' akan bertukar kepada 'saya' mungkin mulai hari ini kerana catatan perjalanan hidup saya mungkin sudah berakhir dengan penyelesaian yang teramat mudah sekali, seorang melarikan diri, seorang memindahkan diri dan sekarang saya sudah punyai Abu Mahmood & Co, bukan lagi Masyuk Topup walaupun cita-cita saya sebenarnya untuk menjadi master kepada tambah nilai prabayar itu!
Catatan ringkas senaman jari diwaktu pagi.
Categories: