Alhamdulillah, sedikit terlambat untuk update blog kali ini bagi bilangan ke 24. Episod Akhir, cerita kembara balad itu sebenarnya panjang dan pelbagai, bermacam dan aneka perkara yang aku temui sepanjang perjalanan tersebut namun tidak sempat menulis dan tulis dan mengale serta memena kerana pada hari terakhir update pada bilangan ke 23 itu, aku memusafirkan diri ke Mesir dan semenjak hari itu, otak sedikit jem dan lambat bertindak susulan terlalu banyak perkara bermain dalam fikiran, travelog itu harus tulis, ini perlu tulis dan banyak lah.. nak tahu? ok aku senaraikan seperti berikut :

1. Travelog pengembaraan ke Balad ini
2. Travelog pengembaraan ke Bumi Mesir ( untuk pertandingan travelog eSastera.com, tidak boleh disiarkan disini)
3. Berita semasa kejadian rusuhan di Mesir (Untuk pertandingan, juga tidak boleh disiarkan disini, 4 berita lengkap dan satu menerima pujian, hanya dua penyertaan yang diterima)
4. Proposal untuk menerbitkan buku Soneta. (Insya-Allah jkika proposal diterima, akhir tahun ini akan terbitlah buku soneta aku dan kawan-kawan sasterawan lain)
5. Penulisan skrip drama dan video (untuk pertandingan namun masih belum siap)
6. Menguruskan persedian memasuki semester baharu, biasalah bertolak sana sini untuk mendapatkan subjek dan dengan ragam itu ini.
7. Sedikit masalah kekeluargaan sehingga ada yang menjadi harimau dan singa yang jerat menjerat dan terkam menerkam (hahaha).
8. Menulis dan memerah otak untuk menulis puisi sempena Maulidur Rasul PERMAI.
9. Sedikit sebanyak menolong sahabatku Shamsul Shafiq menguruskan sukan PROSPEC (acara tahunan permai)
10. Masalah rumah sewa dan sekutu dengannya.
11. Macam-macam lagilah. :D

Jadi, masalah dan perkara ini harus diselesaikan terlebih dahulu.

Mengenai balad episod akhir ini, kenapa terlalu awal untuk habis? Sebab saya sudah tidak mahu menulis lagi travelog yang panjang untuk blog ini kerana risau dan gusar juga nanti blog disana kesepian nanti sembuh.

Ok, kembali kepada cerita, apa yang berlaku?
Ok aku meneruskan perjalanan kebalad itu sehingga berjumpa lebih 9 buah masjid, tiap satu masjidnya aku singgah untuk solat tahiyyatul masjid dan aku keluar meneruskan perjalanan sehingga kaki ini lenguh dan akhirnya mengambil keputusan untuk pulang namun, kaki sudah lenguh ini macam mana mahu pulang?

Ok baiklah, aku menyerah diri, menahan sebuh teksi lalu mohon supaya dihantar balik kerumah. Benar atau tipu, ini memang benar dan kenyataan bahawa jauh atau dekat perjanan aku itu adalah sejauh lebih 8 km yang menuntut aku membayar teksi 4.25JD bersamaan RM20.

Apa yang aku jumpa? 9 buah masjid, dua buah stesen bas, satu darinya tertera perkataan MUJAMMAK KAFARA SUM. (Stesen Kafir Sum), beberapa buah pasaraya, pasar seperti balad, perkampungan yang indah, Balai Polis Markaz Amman Irbid Syimali, Bandar Irbid Kubra, Bandar Mantiqah Nasir, beberpa buah BANK dan .... macam-macam lah, ya inilah aku, seorang pengembara jalan kaki. huh! lama sungguh tidak berjalan kaki.


Semenjak pulang dari mesir, sibuk dan sibuk bila mula semester baharu dan insya-Allah mula menulis kembali. Doakan proposal itu diterima. Dan insya-Allah akan membeli blog ini untuk dijadikan www.kalepena.com tanpa lagi diselangi dengan perkataan 'blogspot'. bagaimana blog esaterawan itu? tunggulah sehingga ia pulih dan aku akan kembali menulis kedua-dua blog ini semampu yang mungkin utnuk berkongsi pengalaman dan memberi pengajaran. Terima kasih kerana 'follow' blog aku ini. insya-Allah ada perubahannya, nanti senang masa, aku akan cat balik laman ini mejadi ceria kembali.

Sekian, Tamat.

Categories:

2 Responses so far.

  1. tulis dan terus menulis lah kamu..! semoga berjaya..!

Leave a Reply