Jadi jika keinginan untuk ke Syimali sekian lama sebelum ini masih belum tercapai, jadi hari ini? Alang-alang pekasam dicelup, pangkal lengan biarlah sampai. Aku pun melangkah perlahan dan melewati dari satu kedai ke kedai yang lain sehingga terjumpa satu Duar (Round Board) yang mana disitu aku tercenggang memikirkan arah tujuaan manakah harus kutemba. Baik kanan atau kiri? Mahupun patah balik atau terus kehadapan? Bila aku pusing ke belakang, ku lihat balad nun jauh disana seperti semut dengan keriuhan orang ramai, oh rupanya aku sudah jauh!.
Perjalanan diteruskan dan padanya juga aku berhati-hati bimbang jika anak-anak badawi atau remaja badawi mengacauku namun Alhamdulillah tiada sepanjang perjalan menuju pergi atau pulang, yang ada hanyalah seorang kanak-kanak jalanan yang bertanyakan status jam, pukul berapakah sekarang. Kerana budak itu, aku berwaspada dengan jam, oh rupanya sudah jam 1 petang! Tak apa, aku teruskan lagi perjalanan sehingga terjumpa sebuah masjid, aku berhenti seketika di hadapan masjid. Mahu atau tidak tangkap gambar? Ketika itu, ramai orang yang lalu lalang, ya seperti diketahui umum, gambar adalah haram dipukul di kawasan awam, jadi nak ke tak? nak ke tak? Tak nak lah, nanti ada saja perkara yang tidak diingini berlaku, tidak mengapa, aku meluru masuk ke masjid melalui pintu utama dan bersolat tahayyatul masjid 2 rakaat, agaknya bagaimana rupa masjid tersebut. Tidak ku sangka, ingatkan di Irbid ini hanya punyai lima buah masjid sahaja ; Masjid Jamiah, Masjid Taal, Masjid Balad Irbid Kubra, Masjid Balad dan Masjid dekat Irbid Mall tu, rupa-rupanya ada lagi masjid disini.
Hanya mampu mengambil gambar dari luar. Seperti masjid lain, dalam masjid utama dikunci. |
Bersambung..
Lagu Perjuangan - Syukur
sambung lagi sambung lagi bila nak habiss nii