Menerima saya sebarang bentuk sumbangan atau zakat untuk diri saya sendiri mahupun untuk teman-teman seperjuangan fisabilillah yang menuntut di Yarmouk University Jordan secara bersendirian.


Kedatangan saya dan beberapa sahabat lain ke Universiti Yarmouk adalah secara private atau dengan kata mudah secara persendirian, ia bukan sesuatu yang menyeronokkan bila tiada bantuan biasiswa yang diterima berbanding beberapa sahabat saya yang lain kesemuanya hampir kesemuanya adalah dibawah tajaan MARA dan JPA malah ada juga dibawah tajaan Bank Negara.


Sumber kewangan saya dan kawan-kawan untuk meneruskan pengajian adalah dari Ibu bapa di kampung dan bantuan secebis dari Zakat kerajaan Negeri Kelantan sebanyak Rm2500 setahun. Ibu bapa saya biasanya menghantar wang melalui deposit wang ke Bank HSBC sebanya anggaran Rm400 - 600 sebulan bergantung kepada permintaan saya sekiranya ada kalanya saya memerlukan wang lebih jika di awal sem untuk membeli kitab-kitab pengajian dan begitulah yang saya perolehi sehingga sekarang.


Permohonan bantuan biasiswa kepada badan-badan NGO adalah tidak dilayan melainkan eSastera.com yang mempamerkan diri memberikan bantuan sebanyak Rm250 sebulan yang kini sudah hampir tamat tempoh yang ditawarkan iaitu selama 1 tahun sahaja namun rasa syukur yang tak terhingga atas bantuan itu kerana sekurang-kurangnya membantu ibu bapa saya di kampung.


Perbelanjaan pengajiaan disini tidaklah semahal di Malaysia, kiraannya adalah seperti berikut:


Untuk pengajian :

1 - 48 JOD 1 Subjek 3 Jam kredit.
2 - Yuran Universiti 50 JOD 1 semester.


Setahun mempunyai 3 semester, 1 darinya adalah semester pendek. Setiap semester boleh diambil sehingga 6 subjek melainkan semester pendek hanya 3 subjek sahaja. Ini bermakna setahun, adalah 15 Subjek 3 jam kredit dalam 3 semester setahun.


15 Subjek = 720 JOD
3 Semester = 120 JOD
Jumlah = 840 JOD 

840 JOD setahun adalah untuk Yuran Pengajian.


Namun bagaimana untuk sara hidup?
Sewa rumah adalah 160JOD sebulan dikongsi bersama 4 orang sahabat saya, Shamsul Syafiq, Syukran Tahir dan Zaki Abdul Mutalib. Setiap seorang adalah 40 JOD. Kiraannya adalah seperti berikut untuk setiap orang :


Sewa rumah : 40 JOD
Bil elektrik : 5 JOD (anggaran)
Bil Air : 3 JOD
Makan minum : 12 JOD.


keseluruhan untuk sara hidup adalah 60 JOD untuk sebulan manakalah untuk setahun adalah 720JD.


bila kos yuran dicampurkan dengan kos sara hidup, jumlahnya adalah secara anggaran 1560JOD.


JOD - Jordan Dinar
1 JOD = Rm 4.5
1560   = Rm 7020.00


Rm 7020 setahun adalah satu nilai yang amat tinggi bagi kami pelajar persendirian melainkan pelajar-pelajar MARA dan JPA mendapat biasiswa sebanyak 500 JOD sebulan lebih kurang Rm 2250 sebulan dan setahun adalah 6000 JOD bersamaan Rm27000.00


Ia tidak menyedihkan saya kerana bukan rezeki saya namun, rasa ehsan dan simpati dari badan-badan NGO adalah perlu saya tinggikan.


No. Akaun Bank HSBC 033154816025 atas nama bonda tercinta SITI FATIMAH BINTI OMAR  
(aktif, bank antarabangsa)

Atau Bank Islam 03072020783491 Mohamad Syukri bin Alias

wallahu a'lam

Categories:

Leave a Reply