Saya ni kaki movie tapi bukan movie yang mengarut. sekadar menjadi kaki kepada movie-movie yang berunsur otai ala komedi tu paling saya minat. Menghiburkan hati. Walaupun bodoh watak dan pelakon-pelakonnya namun ia bukan bodoh yang asli, ia adalah lakonan dan lakonan itu adalah seni.
Filem-filem melayu lagend yang lain seperti cintan cintun tu kalau kena pada feeling saya, saya layan tapi taklah sampai menangis. Cerita-cerita hindustan pula saya tak minat yang cintan cintun tu, saya minat cerita-cerita aksi dan penyiasatan. Termasuklah cerita orang putih melepak tu, kalau cerita aksi dan ada agedan fight ataupun tembak menembak, fuhhh memang nombor satulah saya mengadap.
Petang ni pula saya masih mencari twitter saya yang lama, akaun twitter saya tiba-tiba hilang setelah lama tidak diguna pakai. memang lama sungguh, sudah lebih 9 bulan rasanya. Hari ni tiba-tiba rasa nak bertwitter pula, dan saya daftarkan akaun baharu dan disambungkan dengan rangkaian Facebook.
Sedang duk belek twitter, teringat pula saya tentang hebohnya kisah tentang sebuah cerita melayu yang low class kata kawan-kawan saya, iaitu Si Tudung Tweet. Pelakonnya? Saya terus terang, saya memang tidak kenal nama pelakon atau artis2, yang saya kenal artis basic2 je, like mawi, dato' siti, heliza, ramlah ram, ramli sarip, geng2 senario, jozan dan beberapa artis yang terkenal dengan lagu syahdu dan cerita/movie popular mahupun komedi
Cerita Si tudung Tweet ni memang menarik, kisah seorang remaja yang baru masuk university melalui takhassus fesyen, ala-ala gadis kampung gitu yang berpakaian tudung kampung (dalam cerita tu cakap tudung 90-an) yang ingin mengejar cinta seorang lelaki yang macho tapi berhati busuk (kata bekas kekasih lelaki tersebut). hmm interesting juga cerita ni sebab ada unsur komedi dan konflik yang hebat..
Antara intipati yang saya suka dalam filem ni adalah kata-kata hikmah yang paling top pada minit 67 : 46 saat., pesan ayah dia :
"KALAU KITA TENGOK ORANG TU LEBIH, BIARKAN AJE, KITA BERSYUKUR DENGAN APA YANG KITA ADA, KAMU KENA INGAT ZUBAIDAH, APA YANG PERLU BUAT, KAMU KENA BERUSAHA SUPAYA KAMU SAMA MACAM DIORANG"
Pergh, ayat ni memang menyentuh hati sebab? Seba saya tengok cerita ni dari awal la. Keh2... Kalau nak tahu kenapa ia menyentuh hati? Tontonlah..