Alhamdulillah hari ini saya masuk kedua-dua kelas saya setelah semalam adalah hari yang diberi masa dua jam untuk saya menukar, menambah atau membuang subjek yang telah saya daftarkan. Keputusan terakhir saya adalah untuk mengambil dua subjek pada summer sem ini iaitu Bahasa Arab Istidroki pada 2.15 - 3.15 petang setia hari dan Kemahiran Bahasa Inggeris pada jam 8 - 9 pagi setiap hari.
Kelas Kemahiran Bahasa Inggeris
Mula-mula masuk kelas hari ini, saya dan beberapa orang sahabat arab lain dihalau keluar oleh doktor kerana tidak mempunyai buku, kami diarahkan untuk keluar dan membeli buku tersebut terus masuk kembali ke kuliah pada pagi tadi. Aiyya, doktor ni tak cakap awal2 nak pakai buku apa, saya pula ini hari pertama di kelas itu. Redha sajalah, tidak pun berasa malu kerana situasi pagi tadi ramai juga pelajar lain dan saya merupakan satu-satunya pelajar lelaki Malaysia dan ada beberapa orang pelajar perempuan Malaysia sekelas dengan saya. Tajuk hari ini, saya belajar Grammar, Question Tags. Mudah saja tapi susah nak fahami doktor tersebut kerana maklumlah kali pertama masuk kelas Bahasa Inggeris tapi dihujahkan penerangan dalam Bahasa Arab oleh doktor. Sebutan dalam bahasa inggeris doktor juga tidak jelas, terlalu laju dan seperti sedia maklum, orang arab ni keras lidahnya. Mereka tak mampu sebut huruf P, jika P mereka akan terkeluar huruf B. P dan B bagi mereka sama saja.
Bahasa Arab Istidroki
Dan petangnya pula saya memasuki kelas Bahasa Arab Istidroki, ini adalah kelas kedua saya setelah tidak berpuas hati dengan keputusan subjek ini pada sem lepas. Tak apa ulang pun, saya tak kisah. Saya ingatkan ramai pelajar melayu, rupa-rupanya saya sorang saja! Perempuan lagi la tiada. Hmm saya redah je la seorang diri dan rasanya doktor masih belum menyedari bahawa saya seorang melayu dalam kelas itu. Aih, nampaknya susah sikit sem ni, doktor ajar laju sangat. Hari ini kami diberi tajuk2 penting yang bakal masuk dalam peperiksaan nanti, peperiksaannya adalah 2 minggu dari sekarang..
Hai summer sem, tempoh pendek sangat, nama lagi short sem, sem pendek di musim panas. Sebulan setengah untuk aku kejar berkejaran. Harap-harapnya semua berjalan lancar. amiin.
Categories:
Cerita Saya
semoga berjaya..!