Alhamdulillah saya telah selamat tiba dari tanah suci Haram Makkah dan Madinah seminggu yang lalu namun setelah pulang, rasa malas nak menulis dan macam-macam lagi biarpun menuskrip soneta dan islamik saya belum siap lebih-lebih lagi bila demam menyerang. Aduhai nasib badan.

Pengalaman  semasa mengerjakan umrah rasanya tidak ada yang harus diceritakan kerana semua adalah seperti orang ramai-ramai, biasa saja cuma uniknya saya mengerjakan umrah dari Jordan dengan menaiki bas yang memakan masa perjalanan selama 25 jam lebih kurang dan badan memang sakit-sakit. hmm

Selama 11 hari, satu masa yang singkat untuk saya memfokuskan kepada ibadat dan saya sempat lakukan 5 kali umrah dengan 4 darinya niat Miqat di Tana'im Masjid Siti Aisyah. Tak jauh dan tak dekat.

Sepanjang perjalanan sebelum memasuki Masjid Haram memang hati berdebar-debar dan akhirnya bila masuknya saya ke Masjid Haram, hati saya terus berdebar-debar dan risau juga jika berlaku kejadian pelik kerana saya ni bukanlah suci dari dosa sebab itulah sebelum mengerjakan umrah, kita disunatkan bertaubat. hmm bila pertama kali tengok ka'bah tercenggang depan mata, rasa mahu pitam pun ada, macam tidak percaya kali ini saya berada di depan ka'bah. Allah. Terus saya lakukan tawaf sunat.


Dan begitulah untuk menyelesaikan satu umrah, harus berihram, niat ihram, tawaf, sa'ie di diantara safa dan marwah serta bertahlul maka cukuplah satu umrah, jika diulangi maka akan berlaku umrah kedua. Cerita mengenai sa'ei adalah paling memeritkan saya rasa, masa sa'ie, saya tidak berselipar, berjalan dan berlari di atas jalan yang bermozek / marmar, berada di bawah lindungan bumbung dan berhawa dingin, antara safa dan marwah adalah jauh, dalam lima minit untuk sampai dan perlu dilakukan 7 kali antara safa dan marwah yang memakan masa keseluruhan 40 minit atau sejam jugalah, owh betapa mudahnya beribadat sekarang, tidak dapat dibayangkan jika kita ditempat Siti Hajar dan Nabi Ismail dahulu kala ditengah cuaca  panas, jalan berbatu dan berpasir, entah berselipar atau tidak.

Namun paling menyedihkan, bila ada yang mengerjakan sa'ie itu seperti main-main saja, mengambil gambar semasa berjalan, berborak-borak dan paling menyedihkan bila ada yang sempat minum dan makan serta ketawa semasa mengerjakan sa;ie, oh dimanakah penghayatan mereka agaknya.

hmm banyak lagi sebenarnya, bukan semasa sa'ie saja, semasa tawaf pun masih sempat merakam-rakam gambar sambil berihram. aish apa kejadahkah mereka ini.

sekian sahaja ya, sem sudah pun mula. macam nilah, saya tidak janji untuk terus menulis dikesempatan short sem yang sibuk ini. Sekian sahaja =)

Categories: ,

Leave a Reply