Alhamdulillah hari ini 26hb Khamis selesai sudah rehlah saya ke Aqabah dan Petra. Satu pengalaman yang melampau telah saya lalui.

Sebelum Perjalanan
Malam itu 24hb Selasa jam 10.30 malam saya telah siap siaga dengan semua barang keperluan untuk rehlah ini iaitu yang utama bagi sebagai seorang pemandu adalah persediaan kereta untuk perjalanan yang jauh ini. Kereta sudah diperiksa minyak hitam ; elok saja, diperiksa air enjin ; elok saja, diperiksa jua tayar ; satu tayar kelihatan hampir rosak, sedikit retak iaitu tayar belakang sebelah kiri namun tiada apa yang oleh saya buat, saya biarkan saja ia kerana 70% ia masih selamat digunakan, periksa lampu ; semuanya baik-baik sahaja iaitu lampu depan kecil dan besar, lampu belakang, lampu break, dan lampu signal cuma hadapan sebelah kiri tidak berfungsi, ia tidak menjadi masalah kerana sudah terdapat signal kecil dihadapan yang membantu menggantikan signal utama.

Peralatan saya supaya tidak mengantuk sepanjang perjalanan malam itu adalah makanan ringan! Ya, saya memenuhkan kereta dengan kacang, roti, air gas dan biskut-biskut kecil.

Perjalanan Bermula
Maka malam itu lebihlah kurang jam 11 malam saya mengambil mereka semua di asrama dan kami memulakan perjalanan. Risau juga saya sebenarnya kerana inilah kali pertama memandu kereta streng di kiri ke tempat yang jauhnya lebih kurang 400km pada waktu malam. Malam yang saya pilih kerana destinasi pertama kami adalah Petra iaitu sebuah tempat yang pada zaman dahulunya wujud satu kerajaan iaitu masyhur mengatakan ia adalah kerajaan Rumawi (Rom), Petra menjadi pilihan saya sebgai ketua kerana ia sesuai untuk berehlah pada waktu pagi kerana ia memakan masa untuk mengelilingi Perkampungan Petra tersebut. Andai tengah hari, maka beerpeluh dan berpanasanlah dalam kembara itu, jika pagi ia lebih selesa.

Saya memulakan perjalanan dengan penuh debaran dan kerisauan yang melampau kerana 5 nyawa berada di tangan saya, kereta yang sipandu saya agak perlahan bergerak, lebih kurang 60 hingga 80 km sejam dan banyak saya memberikan laluan kepada kenderaan lain untuk memotong saya sehinggalah selamat tiba di Amman (Ibu Negara Jordan), di Amman lah yang akan menentukan arah untuk ke sana dan di Amman lah bermulanya perjalanan yang jauh itu kerana jalan yang gelap dan sepi sepanjang lebih 300 km, dari Irbid ke Amman hanyalah lebih kurang 80km, tidaklah jauh sangat dan banyak kenderaan di atas jalanraya.

Setibanya di Amman, saya mengambil laluan ke Aqabah kerana untuk ke Petra, saya perlu mengambil jalan ke Aqabah, ia sehaluan sepertimana saya 'study peta' semalam sebelum itu. Maka perjalanan tersebut amatlah menyeramkan dengan pelbagai karenah pemandu jalanraya, ada ramai yang berlumba-lumba dan hon memang tidak lekang berbunyi.

Saya malam itu hanya menumpu penuh kepada pemanduan dan tidak menghiraukan perkara lain, rakan saya dibelakang menonton movie Korea melalui laptopnya dan Shamsul yang berada disebelah saya hanya mendiamkan diri, sedikit sebanyak membantu saya menunjukkan arah untuk bergerak dan juga membantu saya membuka tudung botol minuman.

Perjalanan itu, melalui lebuh raya yang besar dan sehala, dikelilingi padang pasir dan debunya yang ditiup angin serta jalan raya yang gelap tanpa lampu jalan menyukarkan sedikit saya untuk bergerak laju, cuma yang mampu saya lakukan untuk memnadu dengan selesa adalah memberhentikan kenderaan di stesen minyak lalu membasuh cermin untuk mencuci debu2 yang melekat. Sayang sekali kerana kereta tersebut gagal untuk mengfungsikan auto water wiper, jadi saya buatlah secara manual. hehe.

Nak cerita panjang sangat, jadi saya buat sambungan cerita ini. Bersambung esok ya =)
Selamat malam.

Inilah laluan jalanraya yang kami lalui pada malam itu. Rakaman semasa pulang pada hari terakhir pada waktu siang,
Bertemankan padang pasir dan angin sempoi pada waktu malam.


Mood : Letih tahap ultraman.

Categories:

2 Responses so far.

  1. cepadddsambungggggggggg!

  2. alhamdulillah....

Leave a Reply