Alhamdulillah hari ini saya mula sewenang-wenangnya menggunakan waktu saya tanpa tersangkut dengan apa-apa jadual.

Esok pagi saya dan Shamsul akan ke Amman untuk ke MSD dan Kedutaan Thailand bagi menguruskan pendaftaran penempatan kawan saya ni, orang Thailand.  Manakala pada malam esoknya saya dan Shamsul serta beberapa orang kawan lain akan ke Aqabah, Petra dan Insya-Allah ke Wadi Rum cuma saya rasa belum bersedia untuk study peta kerana perjalanan kali ini adalah diketuai oleh saya menaiki sebuah kereta. hmm.

Bukan tak nak sewa kereta yang sudah tersedia dengan driver cuma dengan orang arab biasalah, banyak karenah tersendiri. Kalau pergi sendiri-sendiri kan best, tak ada sangkut masa dengan sesiapa lagipun pergi sendiri lagi jimat dari pergi dengan pemandu upahan ni. Mereka caj lebih-lebih, nak makan percuma, penginapan percuma dan paling kurang nak masuk ke mana-mana tempat adalah percuma. Susah macam ni, baik pergi sendiri, semuanya puas hati. Boleh saja berdikari, bukan susah, kalau sesat bertanyalah, malu bertanya sesat jalan.

Semoga perjalanan selama 3 hari ini selamat dilindungi oleh Rahmat Allh s.w.t.

Cerita hari ini, study peta dan study dengan Pak Cik Google Maps. Saya yakin dengan pakcik ni sebab dulu semasa Ekspedisi Ulu Tembeling eSastera pun pak cik google lah yang membantu kami mencari tempat ekspedisi tersebut.  Hai pakcik, terima kasih banyak-banyak ya =)

Pagi ini juga ada drama sedih saya dan kawan saya, maklumlah saya tak suka dan tak berani untuk mengayuh sampan seorang diri, nanti nak belok ke kiri dan kanan susah pula bila kayuh sorang-sorang, last-last merana seorang diri. Tengok bayang jadi nak ikut, lama-lama jadi gila bayang. Takut juga kan? Ya, tiada kata putus dikeluarkan samada boleh atau tidak, jadi itulah sebab tak berani nak berkayuh nak bermudik ni. Biarkanlah, Allah punyai luas pintu rezeki.. Ada masa adalah rezeki, dengan dia atau sesiapa sahaja tidak kiralah asalkan mampu memenuhi satu syarat, iaitu,, biarlah rahsia. haha.

Salam sekian saja untuk kali ini.

Categories:

2 Responses so far.

  1. Azree says:

    Moga selamat dan bahagia dalam perjalanan 3 hari itu..

  2. kriey @ kalepena says:

    Amiin, Terima kasih azree.

Leave a Reply