09 September 1992
   jenis kelahiran aku ini, dan diri aku

episod 1
    cis, diri aku ini
suka berkongsi rasa 
   dan berkongsi apa jua pandangan 
      dan keadaan
malah RAHSIA
 dalam semua hal


LEBIH-LEBIH LAGI  mudah sangat berkongsi apa jua kepada mereka yang aku percaya.
   pergh..


rupa2nya parah sebenarnya berkongsi ini
    kalau tiada perkongsian balik
aku jemu berkongsi cerita, rahsia


aku..
Silap langkah
  dalam menetapkan pendirian ini.

TIDAK SEMUA HARUS AKU CERITA DAN KONGSIKAN
   kerana ia memakan diri
  hatta kepada keluarga sendiri?
    atau bakal keluarga?
      atau sahabat karib?


ya, tidak semua perkara boleh dikongsikan.
    cukuplah satu-satu perkara itu aku senyapkan sahaja dalam jiwa aku
      telan,
        hadam
           menangis
              dan biarkan sahaja ia menjadi rahsia aku dengan Tuhan
  atau dengan malaikat
      mahupun Jin dan Syaitan.
                   hanya Mereka ini tahu tanpa diberitahu tentang manusia yang lemah

   kenapa harus berkongsi lagi?
     bukan semua menghargai perkongsian kita
   bukan ada butang like untuk like setiap ucapan rahsia kita
bukan ada perkongsian balik untuk kita.


 minat berkongsi hanya patut dikongsikan kepada sama-sama yang meminatinya sahaja.
     oh rupanya aku tersilap langkah selama ini..
        aku kongsikan segala rahsia aku
            segala tentang siapa diri aku
                     segala tentang pengalaman aku
       segala tentang kepercayaan aku
   segala tentang martabat aku
        segalanya yang mengubah diri aku
   segala yang mampu menjamin aku
kepada yang tidak layak!


puh, tidak layak satu sen,
   dan aku menyesal.
 sikap ini harus diubah..
   tiada siapa lagi akan aku ceritakan tentang apa-apa
dan ini bukan sifatku lagi
   mulai saat ini.


pembaca diluar sana,
    jangan tersalah langkah meluahkan perasaan anda
   atau segala rahsia anda
 kepada sesiapa
   melainkan kepada yang sanggup jujur
      untuk berkongsi balik kepada anda.


aku tidakkan pernah lagi percaya
        kepada ucapan mulut
   tanpa bukti
        kepada tulisan
  tanpa suara
        kepada kejaiban
  tanpa kesahihan
        kepada manusia
  tanpa kejujuran!


cis! kau tak jujur dasar manusia!

Leave a Reply