Dear penulis,
Akhawat! Akhawat! Akhawat!(tapi kenapa pink? haha)
Tapi sungguh, benar ujarmu.
Aku tahu, kamu sayangkan diri kamu lebih dari diri kami dan aku tahu kamu tidakkan pernah menipu untuk memelihara kemulian dirimu dari apa jua bencana.
Maaf! Aku tidak tahu apa yang akan berlaku pada dirimu esok, samada diragut, diraba, dan diganggu! Kerana itulah kami bersedia untukmu berbasah-basahan, bergelap-gelapan, bersejuk-sejukan, asal bangsa kami yang lemah ini dilindungi dan dijaga berkilap agar kami mampu merasa bangga yang kami punya sebangsa seperti kamu!
Tidak suka, atau suka malah benci atau hobi untuk kami muroqib kamu itu, ketahuilah itu hal kedua. Tapi tidakkah rasa hairan kalau telefon ini jarang berdering, bukan? Tanyalah dulu sibuk ke tidak, kami ada anggota seramai lebih 400 orang yang mampu dipilih salah seorang darinya masa yang terluang untuk muroqib anda TAPI berpijaklah dibumi nyata, berkahwinlah kalau hendak dimuroqibkan sampai ke dalam kelas atau hendak makan syawarma super di mat'am dari cerah hingga gelap!
Aku atau kami?,
Tidaklah suka muroqib kalau sekadar untuk shopping di Arabella Mall pada jam 12 tengah hari, tapi... cuba kamu kalau berada di Malaysia, rumah kamu sendiri, di Kuala Krai lah katakan (itu rumah aku), hendak ke Machang, jaraknya 30Km, menaiki teksi, kamu dan kawan kamu sahaja, semata-mata untuk ke sungai, kamu rasa ibu dan bapa kamu yakin melepaskan kamu keluar dari rumah? Sekurang-kurangnya kamu membawa saudara lelaki atau saudara perempuan yang lebih tua untuk memperhati dan mengawasi kamu!
opsss.. rasa macam budak-budak kan? Maaflah, saya salah anggap.
tapi...
opss.. kamu perempuan kan? haruskah keluar rumah tanpa sebab?
Eleh, lecehlah, maaflah, kami sebenarnya tidak suka perli-memperli ni, apa yang kami dapat kalau memperli?
Tapi... dari satu sudut yang lain, kalau tak perli kan semakin menjadi-jadi..
Perlulah berlapang dada, anggaplah perlian itu sebagai satu nasihat dalam diam. Mahu tidak mahu, mungkin kata-kata itu benar, itu tanda kami sayang kamu!
Tapi tidak menganggap apa-apa tentang kalian, tapi ketahuilah, kami bukan nak jaga tepi kain kalian tapi nak nak jaga apa yang sepatutnya!
kadang-kadang,
apa yang memualkan kami,
kerana asyik membaca laporan JKKK Keselamatan berkenaan kes kalian dicabul, diragut, dikacau malah diekori, TANPA MUROQIB.
Tidak pernah pula kami TERbaca laporan dari JKKK Keselamatan berlaku kes kepada kalian semasa bersama muroqib.
itu yang menyakitkan hati sesetengah dari kami, dari situlah mungkin bermulanya teguran secara lembut dalam kasar, iaitu PERLIAN. Harus sedar.
Lihatlah balik, topik asal adalah ke AJLUN dari IRBID, 25 - 30 Km, dua orang, berteksi. Itu yang kami risau! Kalau nak ke Irbid Mall, kami tak kisah walau sesen!
Apa yang nak dipanjang-panjangkan?
Kenapa kerana dua orang ini, seluruh akhawat Irbid merasa pedih? Hatta yang ke kelas tanpa muroqib pun terasa? Bahkan yang nak shopping pun, terasa?
Tidak pernah timbul isu kami perli yang shopping di balad.
Tiada apa-apa yang menarik, sekadar surat balas.
Categories:
Cacatan Pendek,
Kosong
terbaik la!
syukran kriey alias .
peh kriey, bangga ana sebagai naqib enta..
kui3!
haha.....blh plak bls2 surat...
btw, nice