First of all, aku minta maaf.

Keduanya, aku ingat ko dah boleh faham aku sebab kita dah lama kawan.

Ketiga, aku tak berkira pon untuk kawan ke untuk family ke, abis duit abis masa bagai andai semua org faham aku dan boleh jadi geng aku.

Keempat, sebab kita dah lama kenal dan ko pon kenal perangai aku, aku tak rasa ko akan terasa hati ngan aku. Tapi aku silap. Silap menduga.

Kelima, walaupun kenal tapi kita tak rapat. Sebab tu ko tak mampu nak faham aku. Kenal sekadar selalu keluar kenal family kenal masalah tapi ko tak kenal jiwa aku.

Aku rindukan faiz.. dah lost contact ngan faiz sebab dia tetiba pindah sekolah. Faiz je tau perangai aku. Dah 14 tahun tak jumpa faiz. Faizzzzzzz. Huhu.

Keenam, selamanya aku takkan faham ko. Mood kau berubah2 sama je mcm org lain.

Aku tak jumpa lagi yg boleh jadi geng aku kecuali kakak aku sorg tu. Semua perkara dia join sekepala ngan aku. Pecahkan tv rumah kecik2 dlu. Hahahahahaha

Ketujuh, aku merayu hanya satu fatrah. Aku kalau kata A, lihatlah, ia takkan berganjak dari B. Aku jenis pemutus asa. Kalau dah putus asa, aku tak nak bangkit atau toleh lagi usaha yang aku buat. Cukup sekali je aku merayu. Kalau ko nak lebih2 aku rayu, cakap je awal2. Aku sedia. Tapi kalau tak cakap, aku pon malas nak merayu. Ore klate kato, mapuh gi lah.

Kelapan, aku minta maaf dan moga Allah je faham situasi dan niat sebenar aku. Kalau ko masih tak faham lagi dan still salah faham, lantak ko lah. Nantilah kita jumpa mahsyar esok2 n kita deal semula baik-baik.

Kesembilan, maafkan aku dan aku pon dah maafkan ko. Ko nak jaga perasaan ko je? Perasaan aku? Tak pe. Aku tak berkira dan aku dah maafkan ko. Ko tu je kena maafkan aku. 0 - 1 lah kira mata.

Kesepuluh, aku harap ko tak baca ni sebab ko mmg tak tau pon pasal aku, blog aku bagai. Aku je bersungguh nak tau pasal ko. So x de hal lah aku nak membebel kat sini. Paling kurang ada bella je yg boleh baca. Hahahahahah kan bella kan?

Aku tak pernah menyesal mengenali seseorang, sebab kerana seseorang itulah yang memberikan aku pengalaman mengenali orang lain.

Dah abis membebel.

Leave a Reply