Serius hari ini 16 Januari 2012 sangatlah tidak menyenangkan diri. Banyak betul masalah. Ya hari ini hari last dan paper last aku duduki, qawaid lughowi fi usul fiqh. Bermula dari semalam……

Semalam,
Ya semalam, aku memang cuak sebab trauma dengan soalan-soalan doctor sebelum ini. Doktor memang suka bagi soalan surprise kat kitorang, hajatnya semalam aku nak study nak panaskan apa yang ingat-ingat lupa sebelum ni sebab kelas dah habis awal sangat dan exam ni lewat sangat.  So, aku nak sangat minta tolong member aku ni, serumah tu taklah, tapi sebilik. Sikit pun tak nak membantu, aku tahu la dia power bab-bab bahasa arab ni sebab dia ambil bahasa arab kat sini tapi hampeh. Ya, aku memang merajuk, aku kena jual mahal dan memang aku selalu jual mahal, aku minta kali pertama pertolongan kalau dah tak bagi, macam gatal-gatal tak nak tolong, maaflah, aku merayu sekali je, kali kedua aku lantak ko lah ko tak nak tolong pun, dan aku masuk bilik, masuk hirom, aku baca buku. Aku call member aku sorang lagi, dia dah ambil subjek ni sem lepas, dengar suara macam tak nak tolong je, aku tak paksa, aku blah la.

Ya semalam aku tak leh nak tumpu baca sorang diri, seekor pun tak ada yang nak bantu, sebelum ni power sangat ayat cakap kita ni kawan la, ape la. Hampeh last-last. Aku pun apa lagi, hati dah tak tenang, otak dah pening, badan dah cuak untuk esok, aku tutup buku, layan you tube, cerita hantu, tajuknya KUM KUM, seramnya tak adalah seram tapi naik juga bulu roma jantan ni.

Semalam aku tak dapat tidur, aku buka buku memang sepotong ayat pun tak masuk kepala otak, aku tutup buku, mata pun tak leh pejam. Search kawan nak chatting, semua dah tidur. Aku pun tibia je lah. Aku bukannya tak tahu sal subjek ni, Cuma nak panaskan je. Last-last aku lena hampir nak subuh, aku dah dengar azan subuh pertama tapi kena la tunggu azan subuh kedua kalau ye nak solat pun tapi sempat terlena dan zaki meh kejutkan aku. Aku semayang subuh then sambung tidur. Exam pukul 11 pagi, pukul 10.40 aku bangun, gosok2 gigi, bawa pen sebatang, nyah aku ke dewan, jawablah. Cuma satu soalan besar aku tak jawab. Tak tahu apa-apa.

Hari ni
Lepas exam, aku terus pi kedai sewa kereta, nak ambil duit cagaran yang aku sewa kereta 2 minggu lepas. Semalam aku dah pergi, pekerja dia cakap semalam belum geap 2 minggu, so kena dating esok (hari ini), bila aku pergi hari ni, pekerja yang semalam tak ada, yang ada bos dia, bos dia cakap, resit tu untuk 4 hari lagi, bukan hari ni. Aku semak balik resit tu, memang sah, dia lewatkan 5 hari. Sepatut 1hb Januari aku sewa kereta tapi dia tulis 5hb Januari. Aku pun baru perasan, aku blah dengan sakit hati yang dalam. Sabar je lah, hari khamis ni aku pi ambil.

Kisah tunang tuna
Serius aku tak senang hati dan terasa dengan tunang aku ni sejak seminggu yang lalu dan sampai saat ni, aku punya banyak masalah tu masalah ni, dia acuh tak acuh je nak uruskan kedatangan abah aku kerumah dia. Aku malas dah nak urus, tengok la apa berlaku nanti.

Ada satu malam seminggu yang lalu, aku stress fikir pasal ni, aku ni dah nak exam lagi, uruskan ekonomi kmkj lagi, uruskan jaulah orang yang banyak songeh lagi, aku pun hantar la sebuah mesej kat dia nak habak kat dia yang aku ni sedang luah perasaan kat dia sal aku stress. Alah, tak adalah panjang sangat, kalau tulis dengan font 12 kat Microsoft word ni, tak sampai sebaris pun. Masa nak hantar tu, aku dah nak tidur, so lepas aku hantar, aku pun tidur la.

Bangun je pagi esok, buka mata, check handphone, tak ada pula dia nak balas apa-apa, buka je FB, serius lebih dari 80 baris dah macam karangan SPM dia bagi tazkirah kat aku, aku bukannya reti nak baca time aku stress macam tu, tengok je karangan tu, bertambah stress aku., Tapi aku kasihan kat dia, sebab aku saying kat dia.

Malam kelmarin, ada la aku chatting ngan dia kat YM, dia tersebut la pasal lama tak skype, serius beb aku sengaja malas nak skype, aku rasa skype dengan dia adalah moment yang sangat membuang masa. Bukan aku boleh tengok pun muka dia kalau skype. Lagipun aku kadang-kadang benci kalau call / bersuara ngan dia, suara slow sangat. Tapi yang beci tu la aku gila sangat call dia tak kira siang malam time aku free,. Kadang-kadang time dia tidur, tapi serius aku memang tak suka call dia sebab suara dia slow sangat, samada call atau skype atau voice call ym, suara dia tetap slow, aku sakit telinga dan kadang2 aku pejam mata sebab nak bagi tumpuan kepada suara dia.

Semalam memang aku tersalah klik video call kat YM, padahal aku nak klik hide/minimize je sebab nak pi minum air kat dapur, tapi lepas aku balik, tengok2 terpanpang video call ngah loading, aku terus tutup. Dia tanya aku kenapa letak, aku cakap sebab tersalah klik, dia pun call aku balik, aku angkat tapi hek elehhhh tuan punya badan bukan ada  pun depan kamera, buat apa angkat, tak ada guna buat video call, bazirkan capicity  MB aku je. Sama macam sebelum-sebelum ni, memang aku takkan pernah tengok muka dia ngan full ataupun aku macam bercakap dengan computer  je. Baik tak payah, dan memang aku dah tawar hati nak buat sebarang video call skype bahkan panggilan phone lebih2 lagi time aku serabut macam ni.

Aku rasa macam nak duk sorang diri je. Serabut je ada kawan tak leh harap, ada tunang sakitkan hati.

Pasal abah nak pi rumah dia tu, aku tunggu sampai dia tanya aku macam mana nak buat, dia tak macam bersungguh pun nak tahu maklumat pasal abah aku pi rumah dia. Lantaklah apa nak jadi.

Catatan ni bukan nak aibkan kat sapa-sapa, ini blog aku, aku punya pasal nak tulis apa, sapa rasa tersangkut dengan tulisan aku ni, bersemuka lah. Sapa rasa ada kaitan dengan tulisan aku ni, dia ada dua pilihan, samada nak gaduh ngan aku atau nak berubah.

Sekian.


Categories:

3 Responses so far.

  1. sabar2..
    sabar itu indah...
    setiap cubaan itu ada hikmahnya sahabatku..
    ^^

    tips: dengan mengingati Allah itu hati menjadi tenang.:)

  2. Tanpa Nama says:

    errmm,..

Leave a Reply