Dramm. Haha semalam saya tidur lewat, lewat juga tidur. Dalam jam 2 pagi, jam 4.30 pagi pula bangun, tiba-tiba rasa nak mandi, pergghhh sejuk walaupun air tu panas. Panas semasa mandi, selepas mandi sejuk kembali. Pagi tu sungguh syahdu, saya pun telefon Abah, namun tiada jawapan diterima. Saya telefon kakak ipar saya, wah-wah sedang bermain dengan Faqeh.. Kui2.. Saya rindu semua anak-anak buah saya. Bermula dari Ai'syah, Farid, Hakimi, Faqeh, Nadhirah dan Baby. Rindu rasa nak balik ke Malaysia atau biarkan sahaja mereka dating ziarah Jordan.

Kisah dulu, saya suka dengar lagu ini masa waktu saya kecil, Masih Kah Kau Ingat, zaman kecil saya, lagu ini dimainkan didalam kaset radio, kaset yang dibeli abah saya yang dipasang dalam Van, sebab masa tu, rumah kami hanya ada radio, dan jarang sekali beli kaset, diulang-ulang saya kaset yang sama. Biasalah orang susah waktu itu.

Sampai  semalam saya tergengar lagu ini, dan ia menostalgiakan kisah saya zaman kecil-kecil dahulu bermain dengan  abang dan kakak-kakak saya yang kini semuanya sudah ada haluan rumah tangga masing-masing. Yeah layan lagu ini.




Leave a Reply