Bukan nak buat lawak april fool atau sekarang dan musim banjir kat Malaysia atau bukan juga nak buat lawak benua antarabangsa di Jordan musim sejuk ni, tak lama lagi nak pergi ajlun main salji, bukan.

Ini lawak memang tahap beku, semalam saya setelah selesai jadi PP Man dirumah salah seorang penduduk Irbid ni, terus balik dan memasak untuk makan malam seterusnya untuk buat bersahur esok. Entah kenapa, selepas selesai semuanya, saya mengadap laptop dan usha-usha internet, menulis dan sambung dengan projek ketiga saya sambil berchatting dengan tunang yang tersayang, dah lama tak chatting, dia sibuk, saya pun sibuk.

Tiba-tiba telefon bordering, dari seorang sahabat.

"Weh, aku stress la study aqidah ni, susah sangat".

Saya dengan selamba, jawab :

''Study betul-betul la, faham betul, insya-Allah mudah ja''

Ceh ayat saya macam pakar motivasi, best gila, macam sudah jadi seorang senior untuk sahabat yang sama bacth. Dia pun tanya saya balik :

"Ko duk buat apa? Dah habis study aqidah?"

Saya apa lagi, cerita la situasi saya dan jawab apa yang sepatutnya dijawab..  Dia lagi bertanya :

"Pergh, kira ko dah ready la ye, semua daha habis baca? Terbaiklah, bittaufiq untuk esok"..

Saya tergamam seketika, wehhhhh sangat-sangatlah saya berterima kasih kepada sahabat saya tu, saya lupaaaa, esok exam aqidahhhhhhhh, satu haram pun tak baca lagi, mata dah ngantuk, exam pula jam 8 pagi.

Terus masuk dalam hirom, bersemadi sampai jam 3 pagi, bangun bersahur dan baca buku tak sampai sejam, terus terlena, bangun pula semayang subuh, lepas semayang subuh, mata dah berkelip kelip sebab semalam tidur jam 12 lebih selepas terima panggilan phone tersebut, bangun pula pukul 3, mata mana yang tahan sebab penat seharian semalam buat kerja.

Macam biasa, redha.. Tawakkall… Haha.

Pergi exam dengan selamba, tak bawa buku. Malas dah nak baca last2 minit, confom tak masuk punya.

Masuk exam dengan pen sebatang, 10 Soalan Tanda Pangkah Betul, 10 Soalan Isi tempat kosong.

Bantuan Allah yang tidak terbalas, semua soalan rasa macam tak cukup je, rasa macam nak minta soalan tambahan. Haha. Aqidah sebenarnya dah belajar dari darjah Satu lagi, masuk tingkatan Satu, subjek dan perkara yang sama dipelajari hatta masuk university pun subjek yang sama, Cuma ditambah dengan dalil-dalil fikriah dan naqliah. Dulu darjah satu tanya nama-nama malaikat, masuk tingkatan satu, soalan tanya pasal tugas-tugas malaikat, masuk universiti tanya dalil-dalil kewujudan malaikat dan alam ghaib yang lain. Perkara berkisar pada yang sama, kalau berilmu dan terus kita beramal, ia berguna untuk masa depan kita.

Thanks untuk Abah dan Mak saya yang hantar saya ke sekolah agama dari sekolah rendah lagi. Love U so much..

 Moral : Jangan jadi macam saya kalau anda belum bersedia, bukan nak cakap saya sudah bersedia tapi saya nak cakap yang saya hanya berserah pada Allah tatkala kita betul-betul tidak sengaja. Dan, jangan pula bergantung harapan pada Allah pada waktu susah sahaja :D

One Response so far.

  1. Tanpa Nama says:

    say thanks to me too~ :) -org strees study- haha

Leave a Reply