Usaha dan Tawakkal Part 1

Ketika sedang membuka pintu jendela, kebetulan Ali melihat seorang penjual aiskrim yang menunggang motosikal sambil membunyikan loceng melintasi jalan kampung dihadapan rumahnya, ketika itu ali memang teringin untuk menikmati kelazatan aiskrim di siang hari yang membahang panas cuacanya. Apa tindakan ali? Ali melaungkan suara, ''pak cik aiskrim, tunggu!" dengan harapan agar penjual aiskrim tersebut dengar suaranya yang dihalangi dengan bunyi deringan loceng dan derupan ekzos motor. Hasilnya? Tawakkal sahaja kepada Allah kalau pakcik itu mendengar suaranya.




Usaha dan Tawakkal Part 2

Manakala Abu pula sedang menolong ibunya mengupas kelapa di dapur, sedang asyik mengupas tiba-tiba terdengar bunyi deringan loceng penjual ais krim yang sama, dengan lantas si Abu meninggalkan parang pengupas kelapa dan bergegas ke pintu pagar rumahnya sambil melambai2 tangan kepada penjual aiskrim tersebut dan melaung dengan laungan yang sama seperti Ali lakukan serta berusaha, agaknya apa hasilnya?




Usaha dan Tawakkal Part 3

Dalam masa yang sama, Angah merupakan pelanggan tetap aiskrim pakcik tersebut, kedatangan pakcik tersebut ke kampung tersebut adalah semata-mata untuk menghantar aiskrim yang ditempah melalui talifon oleh Angah sambil-sambil menjual di kawasan tersebut. Bagaimana dengan usaha yang begini hasilnya?

Ketiga-tiga individu ini adalah peminat aiskrim dan usaha mereka berbeza, apa usaha kita pada hari ini untuk hari  esok? Apakah usaha yang lebih tanpa mengharapkan tawakkal yang terlalu awal atau usaha ala kadar dengan tawakkal yang lebih awal? Muhasabah seketika.

Categories:

Leave a Reply