Kancah politik semakin kotor, dulu semasa era sebelum Internet, Blog, Facebook, Twitter, E-mail menguasi minda, mungkin rakyat atau pro parti politik something hanya bersorak-sorak menyebarkan berita atau menerima berita malah mencacai politik mereka melalui medium ceramah politik, atau kertas pamplete mahupun juga rasanya melalui surat berantai yang menyebabkan penerima berita atau penerima cacaian tersebut gagal untuk bandingkan parti mana yang betul parti mana yang salah untuk dipilih sebagai pemimpin kerana cara penyebarannya tidak meluas dan ada yang hanya menerima cacaian dari sebelah pihak sahaja..

Saya tidak minat untuk berpolitik sebenarnya namun atas rasa bertanggungjawab sebagai seorang muslim yang bakal nanti layak untuk menconteng pangkah di kertas undi, rasa bersalah menyelubungi jika diri tersalah pangkah!

Nak mencari yang macam mana? Carilah yang seperti dituntut Islam. Tak tahu macam mana yang dituntut Islam dalam memilih pemimpin? Saya malas nak hujahkan, nanti ada pula yang panas dan baik saya tukar sikit soalan ini, baiklah soalan saya, kita cari keburukan atau kelemahan salah satu pemimpin itu dan yang paling banyak kelemahan itulah yang perlu kita tinggalkan. Kelemahan yang macam mana? Ok, mudahkan cara anda berfikir, kita fikir tentang agama kita dulu, perkukuhkan agama kita.

Apa agama kita?
Islam.

atau nak memperkukuhkan bangsa kita dahulu?
Apa bangsa kita?
Melayu

Baiklah, bangsa atau agama nombor 1?
Dalam kubur, Malaikat Munkar dan Nakir tanya apa bangsamu atau apa agamamu?

Ok, jawapannya anda pilih sendiri dan jawapan saya, saya pilih Agama.

Ok, kembali ke pangkal topik, Nak Cari dan Pilih Politik Mana?

hmm, nak pilih parti kena pilih siapa kepala parti tersebut, apa jenis orangnya, baca al-Fatihah dan At-Tahiyyah lancar atau tidak, berlatar belakangkan pendidikan aliran apa, institusi keluarga islamik atau tidak, isteri, anak perempuan likup menjaga aurat atau terdedah,  lima waktu solat didepan kamera atau sebalik tabir?

yang penting suka bertakbir atau take beer?

Demi Islam dalam jangka masa panjang, anda nilailah dari sudut ini untuk memilih pemimpin anda demi agama dan bangsa.

Panas hati saya bila zaman semakin maju dan moden, mereka semakin melampau. Jika anda tak mampu nak membandingkan keislaman mereka, baik benarlah anda mencari dalil akal fikiran anda dengan membandingkan dua buah blog pencacai ini, satu pencacai bagi pihak pro-Pembangkang, satu lagi bagi pihak pro-Kerajaan.

Pro - Kerajaan               : http://www.papagomo.com/
Pro - Pembangkang     : http://milosuam.blogspot.com/

Anda lihat sendiri secara logik akal anda, siapa lebih berbasa budi bicaranya, siapa lebih hormat menghormati, siapa lebih mampu mengawal aib pihak lawan dan yang paling penting, SIAPA YANG BANYAK SERTA TERUS TERANG MEMBUAT DOSA DENGAN VIDEO LUCAH?!.

Zulmat politik memang sudah sampai tahap kritis.
Ingatlah, pemimpin yang baik menentukan kebaikan kepada diri anda di masa depan kelak.

Dari saya jiwa remaja.

Categories: ,

Leave a Reply