(Gambar hiasan)
tak patut...
Isteri dipukul suami, atas kesalahan apa sampai begitu?

Kalepena.com melalui N'N,:

Rasulullah S.A.W Bersabda:
"La tadhribu imaallah!" yang bermaksud "Jangan kalian pukul kaum perempuan!"

Baginda Bersabda lagi menjelaskan bahwa sebaik-baik lelaki atau suami adalah yang berbuat baik pada isterinya.

Dan memang, di dalam Al-Qur’an ada sebuah ayat yang membolehkan seorang suami memukul isterinya.

Tapi harus diperhatikan dengan baik untuk isteri macam apa?

Dalam situasi seperti apa?

Tujuannya untuk apa?

Dan cara memukulnya bagaimana?

Ayat itu ada dalam surat An-Nisa, pada ayat 34:

“Sebab itu, maka Wanita yang saleh ialah yang ta’at kepada Allah lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada, oleh karena Allah telah memelihara (mereka). Wanita-wanita yang kamu kuatirkan nusyuznya, maka nasihatilah mereka dan pisahkanlah mereka dari tempat tidur dan pukullah mereka. Kemudian jika mereka mentaatimu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkannya. Sesungguhnya Allah Mahatinggi lagi Mahabesar.”


Tapi yang sering tidak difahami oleh kebanyakan kita ialah cara memukul yang dikehendaki Al-Qur’an. Tidak boleh sembarangan. Suami hanya boleh memukul selepas:

Menasihati isteri dengan cara yang baik, dengan kata-kata yang bijaksana, kata-kata yang menyentuh hatinya sehingga dia boleh segera kembali ke jalan yang lurus. Sama sekali tidak boleh mencela isteri dengan kata-kata kasar. Baginda Rasulullah S.A.W melarang hal itu. Kata-kata kasar lebih menyakitkan daripada tusukan pedang.

Jika dengan nasihat tidak juga berkesan, Al-Qur’an memberikan jalan kedua, yakni berpisahlah tempat tidur dengan isteri.

Namun, apabila telah menggunakan dua cara itu dan tidak juga berkesan maka pukullah, tapi ingat tidak diperbolehkan terus memukul, salah sikit jer pukul hal Ini sangat jauh dari Islam, jauh dari tuntunan Al-Qur’an. Dan Islam tidak bertanggung jawab atas tindakan kezaliman seperti itu.

Jangan memukul muka. Sebab muka seseorang adalah segalanya bagi manusia. Rasulullah melarang memukul muka.


Kembalikah kepada Al-Quran dan As-Sunnah.

Kalepena : Pergi la kursus kahwin sebelum kahwin. hehe.

Categories:

One Response so far.

  1. Allahurabbi....kesiannya tgk wanita dalam gambar tu...moga terpelihara kaum wanita dari sebarang keganasan.. jadikan AQ dan Sunnah sebgai panduan....

Leave a Reply