Dalam meneroka hidup ini, kita harus waspada dengan :

1. Tingkah laku
2. Kata-kata
3. Niat

Tiga perkara ini adalah dianggap asas dalam melindungi diri dari api neraka kerana dengannya, jika tersilap langkah mungkin akan mengakibatkan dosa kita semakin bercambah sedikit demi sedikit seperti kulat kecil pada baju lembab dan sukar sekali untuk dicucikannya kembali kerana :

Tingkah laku
Dengan sedikit tingkah laku kita yang kurang memuaskan hati satu pihak, maka satu pihak itu akan terasa hatinya menyebabkan tiada halalnya perbuatan itu kepada si pembuat dan setitik dosa telah disemat pada si pelaku dan begitulah saban hari akan bertambah dosa-dosa itu sehingga ia dimaafkan.

Kata-kata
Secara ringkas, kata-kata adalah sama contohnya dengan tingkah laku di atas. Jagalah kata-kata, pepatah melayu ada berbunyi, Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata badan binasa.

Niat
Niat dalam bahasa arabnya adalah nawaitu yang dimelayukan. Niat adalah remote kepada seluruh anggota badan kita, niatlah yang memainkan peranan paling penting dalam kehidupan sosial kita. Satu perkara itu berlaku atas sesuatu niat, jadi sentiasalah memperbaharui niat kita dengan niat yang lebih ahsan iaitu niat yang lebih baik dari niat-niat sebelumnya. Niat adalah azam kita, niat akan tercapai bila sesuatu itu berlaku. Cuba bayangkan jika sedetik niat kita yang kurang baik ( bukan niat buruk)  telah diazamkan kemudian niat tersebut telah tercapai dan... ia tidak memuaskan hati satu pihak. agak2nya sama sahaja dengan 2 situasi di atas dan ia sememangnya akan menerakan diri kita.

Oleh yang demikian, 3 elemen penting dalam hidup ini amat perlu kita perhatikan.

Ahyakallah.




Categories:

Leave a Reply