Hadis Keduapuluh Tujuh :
Dari An-Nawwas bin Sim’an r.a, dari Nabi SAW yang bersabda : ” Kebajikan itu adalah budi pekerti yang baik. Dan dosa pula adalah apa yang tersimpul di dalam diri engkau dan engkau benci bahawa ia diketahui manusia mengenainya. ~ Riwayat Muslim

Dari Abi Wabishah bin Ma’bad r.a : ” Bahawa aku datang kepada Rasulullah SAW lalu baginda bertanya : ‘ Engkau datang bertanyakan erti kebajikan ? ‘ Aku menjawab : ‘ Ya ‘. Sabda Rasulullah SAW lagi : ‘ Tanyalah hati engkau. ‘ Kebajikan itu ialah apa yang mententeramkan diri engkau kepadanya serta mententeramkan hati. Manakala dosa pula ialah apa yang mengganggu jiwa dan meragui dalam dada, walaupun orang ramai telah memberikan engkau fatwa dan terus menfatwakan sesuatu.’ ”

Categories:

Leave a Reply