ok bersambung.

Secara ringkasnya pagi itu kami menuju ke Petra setelah selesai solat subuh. Kedatangan kami ke Petra amatlah awal, masih tiada seorang pun tiba dan kamilah mungkin orang pertama. Kami beristirehat dan sarapan pagi kecil.

Kami masuk ke petra, sebuah kerajaan peniggalan Rom, ukiran batu yang unik, istana ukiran yang unik, dan kami habis-habisan masuk berjalan kaki.

Batu yang di ukir menjadi Istana

Laluan yang dibina


dan lebih kurang jam 12 tengah hari, kami keluar dari situ biarpun semua belum sempat kami terjah kerana mentari sudah terik dikepala.

Lebih kurang jam 1 Petang, kami ke kedai makan mencari sesuap nasi, kemudian meneruskan perjalanan ke Aqabah, kali ini tiada lagi yang menarik untuk diceritakan sepanjang perjalanan ke Aqabah cuma tayar belakang kereta yang dikatakan hampir pecah itu sememangnya hampir menjadi kenyataan. Nasib baiklah ada polis yang menegur dan tayar tersebut sempat ditukar dan selamatlah wang kami dari terpaksa membayar balik ganti rugi tayar berkenaan.

Tbanya di Aqabah setelah perjalanan lebih kurang 100KM dari Petra, kami mencari tempat bermalam dan memilih Darna Chalet sebagai tempat bermalam

Darna Chalet.

Dan petang itu kami lepak di Pantai Aqabah sambil berBBQ sampai ke Isya'.

Pantai Aqabah yang cantik.
Pemandangan Dari Jauh
Laluan Perjalanan 100Km dari Petra menuju ke Aqabah  

Dan malamnya kami ke Balad Aqabah untuk memborong belian yang murah-murah, pagi esoknya pulang. Sekian.

-Cerita secara ringkas, tak sempat masa. 29hb  akan menunaikan Umrah.

Categories:

Leave a Reply