Ya, bersambung naa.

Malam itu memang tidak senang duduk. Nak pandu laju nanti kan terbabas, jalan memang gelap, tiada lampu jalan, cuma yang ada lampu jalan bila tiba di kawasan perkampungan sahaja.

Perut entah mengapa rasa lapar, ya memang patut berasa lapar kerana pagi itu kami ( saya dan shamsul ) ke Amman untuk ke kedutaan dan MSD tanpa menjamah makanan berat, hanya makan burger sahaja, petang tu pula berkejar-kejar pulang. Kami memang kesuntukan masa kerana tersesat di Bandar Amman, bukan sesat kerana tidak tahu jalan kemana nak tuju cuma sesat disebabkan terlepas cabang pertama ke City Town, kami ingin patah balik tapi tidak menemui kawasan u-Turn yang terdekat, bila sampai satu tempat u-Turn jauh nun disana, kami patah balik dan terus sesat tidak jumpa jalan keluar  dari bandar tersebut sampailah menjumpai sign-board tempat yang kami ingin tuju.

Pagi itu lebih kurang jam 2 pagi, saya memasuki satu lorong yang menuju ke Petra, masa itu semua penumpang belakang sudah lena diulik mimpi, yang layan cerita korea tadi bateri laptopnya sudah habis, saya fikir seorang sahaja yang masih belum tidur dibelakang dan shamsul hanya diam seribu bahasa.

Lorong tyersebut memang sunyi, 2 kali ganda sunyi dari lebuh raya besar yang menuju ke Aqabah. Saya hanya bergerak macam siput,  40 km/j, inilah kawasan pertama kali saya lalui tanpa sign-board, tanpa lampu jalan yang menerangi, tanpa kereta yang lalu lalang jadi saya merasa takut, pada masa itu, saya hanya berserah jika benar sesat di padang pasir, maka tunggulah sehingga pagi esoknya untuk mencari jalan keluar, minyak kereta tidaklah merisaukan saya kerana sudah diisi penuh, perjalanan kereta yang perlahan menyebabkan minyak tidaklah cepat surut.

Perjalanan yang sunyi dan jalanraya yang sepi
Saya ketika memandu hanya mampu berdoa agar tiada berlaku apa2 kerosakan kereta, risau juga jika kereta bermasalah pada waktu sebegitu. Aih saya teruskan saja perjalanan hinggalah terjumpa sebuah balai polis. Balai polis disitu juga gelap saja saya tengok, cuma ada sebuah kereta pajero peronda.

Saya meneruskan perjalan, nampaknya kali ini saya lega kerana kawasan padang pasir sudah pun berakhir, yang ada adalah perkampungan orang. Alhamdulillah, disini saya sudah tidak risau jika kereta rosak dan sebagainya kerana memang ia disebuah perkampungan. Terus berjalan dengan perlahan, saya masih belum lagi menjumpai sign-board yang menunjukkan jalan menuju ke Petra. Maka saya teruskan perjalan dengan perlahan sehingga saya mematuhi 100% papan tanda kelajuan, jika diamarankan agar memandu 30km/j maka dipandu saya 30km/j, lagipula tiada sesiapa yang memarahi saya kerana semua orang sudah tidur, kereta di atas jalanraya juga tiada.  Seorang sahabat saya dibelakang tidaklah tidur, radio yang saya pasang memang tiada siaran sejak dari awal memasuki simpang ke Petra lagi. Jadi, saya meminta agar seorang dari kawan saya tersebut memainkan lagu-lagu yang memberi semangat untuk saya memandu melalui telefonnya, dia menjadi DJ yang mengikuti apa saja permintaan saya.

Maka seterusnya sampai saya di kawasan yang diliputi hutan belukar. Wah disini amat saya terkejut, macam tidak percaya saja masuk ke dalam hutan. Dengan tabah saya laluinya, tiba2 kedengaran suara kawan-kawan saya yang belakang, kelihatan mereka sudah bangun dan tiba-tiba bersuara dengan nada yang mungkin mengigau.. Mungkin mereka tengok jam sudah lewat, hampir jam 3 pagi namun masih tidaklah sampai-sampai lagi ke Petra, mereka kata mungkin kami sudah tersalah jalan. Saya yakin, jalan ini sudah betul kerana mengikut sedikit pengalaman dari abah saya bahawa jika tiada sign-board yang menunjukkan jalan, maka ambillah iktibar dari sign-board terdahulu iaitu terus saja menghala kehadapan tanpa masuk ke mana-mana simpang. Saya juga menerangkan kepada mereka kenapa lambat tiba ke destinasi kerana saya memandu dengan perlahan sahaja, mereka mengiyakan saya bila mereka sendiri melihat meter kelajuan kereta hanyalah 30 - 50 km/j.

Maka malam itu, hampir jam 3.30 oagi, saya sudah risau jika masih belum sampai di Petra pada jam 4.00 pagi iaitu untuk solat subuh disana dan berehat. Maka setelah berakhirnya hutan, maka wujudlah perkampungan. Disitu, saya meyakinkan dalam diri bahawa jika berjumpa dengan masjid, maka saya akan berhenti. Perjalanan diteruskan, dan sah berjumpa dengan sebuah masjid tapi keadaan masa masih awal, masih jam 3.40 lebih kurang, menunggu subuh masih lama dan seram juga jika lepak lama-lama dalam kereta nanti disergah orang dituduh pencuri pula. Maka saya bertekad, jika jam 4.00 (subuh) tiada ditemui masjid kedua pada perjalan seterusnya maka akan saya berpatah balik ke Masjid yang ditemui pertama kali tadi. Maka perjalan diteruskan dan berjumpa Masjid kedua, dan begitulah saya bertekad, jika tidak menemui masjid ketiga pada waktu subuh maka saya akan patah balik ke Masjid kedua, perjalanan diteruskan sehingga berjumpa masjid yang ketiga, masa itu hampir subuh, lebih kurang jam 3.50 pagi, tapi saya masih meneruskan perjalanan..

Kali ini jalan menjadi semakin hebat dengan turun dan naik bukit 8% ketinggiannya jika menurut sign-board yang diberitahu. Perjalanan yang mendebarkan itu akhirnya berasa lega bila saya menemui sebuh van peronda polis ditepi jalan dan mereka sedang bertugas. Alhamdulillah, seram saya yang sebelum ini berakhir tatkala menemui kereta pertama yang berselisih laluan, sepanjang dari jam 2 pagi tadi, inilah kereta pertama yang saya temui. Kemudian disusuli dengan sebuha lori kemudian 2 buah kereta selepasnya. Jam menunjukkan 3.55 pagi, tapi masjid keempat masih belum ditemui walaupun sudah jauh meninggalkan masjid ketiga dengan kawasan yang ganas membukit.

Akhirnya saya reda jikaterpaksa solat ditepi jalan, bekalan air mineral pun banyak, boleh saja nak berwudu' tapi kawasan tersebut memang sejuk yang teramat sangat. Maka meneruskan perjalan saya sehingga saya terjumpa satu sign-board nun jauh disana, saya melajukan kenderaan untuk melihat sign board tersebut dan wah rupanya-rupanya ia adalah sign-board ke Petra! Saya dan rakan-rakan mengucap rasa syukur kerana dipertemukan akhirnya jalan ke Petra, bermula dari situ, banyak sangat sign-board ke Petra sehingga saya berhenti berjumpa dengan masjid keempat dan kami singgah disitu lebih kurang jam 4.00 pagi. Saya memberhentikan kenderaan, baru saja mengangkat hand-brake lalu didatangi sebuh jeep putih dari belakang, semua kawan-kawan saya takut lalu menutup cermin, laa saya tergelak seorang diri bila ada seorang kawan saya berkata 'perompak kah ini?' haha.

Itulah polis wahai kawan-kawan, senang saja sifirnya kerana jeep putih sedemikian rupa tidak boleh diguna oleh orang awam melainkan polis sahaja biarpun tiada logo dan tulisan polis pada jeep tersebut. Saya dengan senang hati membuka cermin, lagipun perompak mustahil untuk turun seorang diri untuk merompak sedangkan dalam jeep tersebut ada 4 orang kesemuanya.,


'' Salam ''
" Salam warahmatullah "
'' Min wein? " - dari mana?
'' Min Irbid " - Dari Irbid.
" Antum siahi? ''  Kamu pelancong?
" La, ana tullab min malizy '' - Tidak, saya pelajar dari Malaysia.
" Wein tadrus? '' - Mana kamu belajar.
'' Jamiatul Yarmouk, Irbid " - University Yarmouk, Irbid.
" Wa akhar siahi? " - Dan yang lain pelancong?
" La, kullu tullab fi Jamiatul Yarmouk " Bukan, semua pelajar di University Yarmouk.
'' Entum talabah yarmouk? " - Kamu pelajar Yarmouk? (Tanyanya kepada rakan-rakan saya)
" Na'am, nahnu talabah fi Jamiatul Yarmouk" - Ya, kami pelajar di University Yarmouk.
" Wallahi? " - Demi  Allah?
" Walillahi" - Demi Tuhan.
" Biddi rukhsoh haza sayyarat " - Berikan saya lesen kenderaan ini.

Saya pun berikan lesen / permit kereta tersebut. Lalu disemaknya, kemudian melepaskan kami dan mengharapkan gembira dengan percutian kami.

bersambung...

Categories:

Leave a Reply