Alhamdulillah hari ini Allah mengurniakan rahmat dan nikmat yang besar kepada kita. Nyawa saya masih boleh bernafas dan mata saya masih boleh melihat bahkan boleh berkedip, belum kaku dan bisa lagi saya berkata-kata serta menulis pada warkah ini.

Hadis 40 sudah pun berlalu, kebutan hadis tersebut berakhir dan saya pula sudah selesai peperiksaan akhir dengan madah yang terakhir tadi Ekonomi Islam.

Hari ini tiada yang boleh saya ungkapkan melainkan kelegaan yang besar sekali bila semuanya berakhir, perjuangan dari awal dahulu kala dengan pelbagai dugaan saya tempuhi untuk menghabiskan 6 mata pelajaran pada sem ini berakhir pada hari ini.

Letih, penat dan sempuk istilah yang tidak sesuai untuk diungkapkan dan dikeluhkan sebgai seorang pelajar kerana semeamngnya belajar meletihkan kita, menerima bebanan dengan pelbagai karenah ilmu yang susah untuk kita hadami.

Hari ini bermulah cuti dan saya akan memulakan rehlah saya pada 25hb nanti ke Aqabah, Petra, Wadi Rum dan Karak bersama kawan-kawan seperjuangan. Nantikan episod rehlah saya akan datang. Harini cukup seakat ini, salam hormat dari saya  =)

Categories:

Leave a Reply